Seorang warga emas bertindak membunuh diri selepas menembak mati rakannya berhampiran sebuah restoran di Kampung Koh, di Sitiawan dekat sini malam tadi.
Chu Phan Hoo, 62, ditemukan mati dipercayai menembak dirinya sendiri di dalam kereta jenis Toyota Fortuner di Simpang Dua, kira-kira 10 kilometer dari lokasi dia menembak rakannya, Ling Iu King, 66.
Ling meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Seri Manjung.
Seorang saksi yang enggan dikenali berkata semasa kejadian dia sedang minum di kedai tersebut dan terlihat suspek mengeluarkan senapang patah dari kereta jenis Toyota Fortuner sebelum menembak seorang lelaki dengan beberapa das tembakan pada jarak dekat di kawasan letak kereta kedai tersebut.
"Pada mulanya saya melihat mereka berdua sedang minum bersama beberapa rakan lain di meja sama," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian malam tadi.
Sementara itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook memaklumkan Ketua Polis Daerah Manjung ACP Muhammad Hanif Othman mengesahkan kejadian tersebut.
Kenyataan itu turut menggesa orang ramai supaya menghentikan penyebaran video kejadian itu yang tular dalam Facebook dan aplikasi Whatsapp kerana ia akan mengundang gangguan emosi pihak tertentu terutamanya keluarga mangsa.
"Ini juga akan mendatangkan rasa takut dan kebimbangan kepada orang awam serta sekitar kawasan termasuk mengganggu siasatan polis," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 02 2018
Warga emas yang dikenali sebagai Chu Phan Hoo ditemui mati dipercayai menembak dirinya sendiri di dalam kereta jenis Toyota Fortuner, di Kampung Koh malam tadi. --fotoBERNAMA
Kerja ganti paip lama di Seluruh Sarawak bermula tahun ini
Sarawak akan memulakan kerja-kerja penggantian saluran paip lama sepanjang 2,740 kilometer di seluruh negeri itu bermula tahun ini.
Julaihi beri jaminan bekalan air di Sarawak pada Hari Raya mencukupi
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak mengingatkan orang ramai supaya elakkan pembaziran meskipun bekalan air ketika Hari Raya nanti dijamin mencukupi.
90 peratus kawasan terlibat kebakaran hutan berjaya dipadamkan
Operasi pemadaman kebakaran hutan di Kuala Baram sejak seminggu lalu berjaya dengan 90 peratus api dikawasan terjejas berjaya dipadamkan.
Pembantu bengkel diberkas, bakar mercun tengah jalan
Tindakan seorang lelaki membakar mercun di tengah jalan ketika menyertai perarakan mengiringi upacara pengebumian dekat pekan Banting di sini mengundang padah apabila diberkas polis pada Rabu.
El Nino: Al-Sultan Abdullah tinjau Sungai Pahang, titah adakan solat hajat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meninjau Sungai Pahang yang dilaporkan surut akibat fenomena El Nino.
Hujan roket Hizbullah gegar utara Israel
Pejuang Hizbullah pada Rabu melancarkan kira-kira 30 roket dari Lubnan ke kawasan utara Israel selepas gerakan disokong Iran itu berikrar untuk 'menghukum' rejim Zionis.
Tol percuma sempena Aidilfitri 8, 9 April - Alexander
Pengguna lebuh raya membabitkan kenderaan persendirian (Kelas 1) diberi kemudahan tol percuma selama dua hari iaitu 8 dan 9 April bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini.
Penstriman haram: Jangkitan malware berisiko akibatkan kecurian, penipuan identiti pengguna
Awas dan jangan mudah terpedaya dengan sebarang akses haram yang menawarkan pelbagai filem dan siri televisyen kerana ia mungkin menyimpan perisian hasad atau malware.
Insentif cukai baharu untuk syarikat berstatus Malaysia Digital
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan memperkenalkan insentif cukai baharu kepada syarikat berstatus Malaysia Digital (MD) dan syarikat berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) sedia ada.
Gentari setuju saranan tubuh konsortium bantu pemain solar - DPMM
Gentari Sdn Bhd menyatakan persetujuannya dengan saranan untuk mewujudkan konsortium dianggotai pemain industri solar.
Dua bersaudara dituduh bunuh lelaki
Dua bersaudara dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seri Manjung atas tuduhan membunuh seorang lelaki.
Lelaki warga emas direman seminggu, bantu siasatan kes bunuh abang, kakak ipar
Suspek direman sehingga 12 Mac depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Berebut harta, suami isteri mati dibunuh
Suami isteri ditemui mati dipercayai dibunuh di kawasan kebun sawit dekat Pantai Remis, Manjung pada Selasa.
Empat rakan sekerja didakwa bunuh pekerja kelab malam
Empat rakan sekerja didakwa membunuh seorang pekerja kelab malam di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Rabu.
21 Mac tarikh baru sebutan semula kes polis langgar mati pelajar
Ia bagi membolehkan pihak pendakwaan melengkapkan dokumen bagi perbicaraan, mengikut Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah (CPC).
Bekas posmen didakwa bunuh Bella
Lelaki berkenaan didakwa membunuh mangsa yang ketika kejadian berusia 32 tahun.
Mayat wanita tanpa kepala, kaki dan tangan ditemukan dalam tong sampah
Seorang wanita dibunuh kejam apabila bahagian badannya ditemukan disumbatkan ke dalam tong sampah di Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka.
Bunuh pengusaha kedai aksesori telefon, pekerja direman seminggu
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, reman akan bermula hari ini sehingga 11 Januari.
Polis sahkan Zayn Rayyan mati dibunuh
Kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang dilaporkan hilang sebelum ditemukan meninggal dunia pada malam Rabu disahkan mati dibunuh.
Gadis minat kisah pembunuhan dipenjara seumur hidup
Gadis berusia 23 tahun itu merayu hukumannya diringankan kerana mendakwa dia mengalami halusinasi dan pelbagai masalah mental.