awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendekatan Malaysia MADANI bukan sekadar slogan - Budiman
Kes Cradle Fund: Mahkamah Persekutuan kekalkan pembebasan Samirah, dua remaja
MPO, DFP terus memupuk bakat muzik tempatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas di Miri rugi lebih RM31,000 terperdaya 'Love Scam'

Bernama
Bernama
04/03/2024
11:15 MYT
Warga emas di Miri rugi lebih RM31,000 terperdaya 'Love Scam'
Seorang wanita warga emas di Miri, di bahagian utara Sarawak mengalami kerugian sebanyak RM31,400 akibat 'Love Scam', setelah berkenalan dengan orang yang tidak dikenali menerusi laman sosial Facebook. - Gambar hiasan
KUCHING: Seorang wanita warga emas di Miri, di bahagian utara Sarawak mengalami kerugian sebanyak RM31,400 akibat 'Love Scam', setelah berkenalan dengan orang yang tidak dikenali menerusi laman sosial Facebook.
Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata menurut laporan yang diterima, wanita yang berusia 60-an itu telah berkenalanan dengan suspek di laman sosial tersebut dan kemudian terus berhubung menerusi aplikasi Whatapps.
"Suspek kemudian memaklumkan kepada mangsa bahawa dia akan ke Miri serta membawa sejumlah wang tunai dalam matawang Taiwan, kononnya mahu diserahkan kepada mangsa.
"Bagaimanapun, mangsa mengatakan dia telah ditahan oleh pihak kastam kerana membawa tunai yang banyak dan kemudian meminta tolong dari mangsa untuk membantunya membayar cukai yang dikenakan terlebih dahulu," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Alexson berkata mangsa menyedari dirinya ditipu apabila suspek gagal dihubungi sebelum laporan polis dibuat dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga emas
#terpedaya
#love scam
#Polis Daerah Miri
#laman sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan