awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas didakwa rogol anak tiri berusia 11 tahun

Astro Awani
Astro Awani
08/06/2023
10:49 MYT
Warga emas didakwa rogol anak tiri berusia 11 tahun
Tertuduh yang berusia 63 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya. - Gambar/ Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada Khamis atas pertuduhan merogol anak tirinya yang berusia 11 tahun.
Tertuduh yang berusia 63 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa yang berusia 11 tahun pada April lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 5.30 hingga 6.30 pagi di sebuah rumah di daerah Kuala Terengganu.
Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan tidak kurang daripada 10 sebatan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM25,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hanis Nabihah Hizamul-din manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Topic Berkaitan
#rogol anak tiri
#warga emas
#Kuala Terengganu
#orang tua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan