KUALA LUMPUR: Seorang warga emas didakwa di dua Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang lelaki untuk mendapatkan gelaran 'Datuk' dan menyembunyikan wang berjumlah RM12,500 dalam akaun miliknya.
V.S Suwaminathan, 62, yang tidak bekerja mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret S.Mageswary dan Wong Chai Sia.
Lelaki itu didakwa menipu lelaki berusia 65 tahun itu dengan memperdayakannya bagi mendapatkan gelaran Datuk yang sebenarnya tidak wujud sehingga mendorong mangsa memindahkan wang RM15,000 melalui tiga transaksi ke akaun bank miliknya.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah bank di Taman Maluri, Cheras di sini antara 3 Jun hingga 17 Ogos 2015. Pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Tertuduh turut berdepan pertuduhan menolong menyembunyikan atau mengalihkan wang berjumlah RM12,500 milik seorang lelaki yang dimasukkan ke dalam akaun bank tertuduh.
Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah unit kondominium di Jalan Klang Lama di sini pada 28 Mei hingga 29 Mei 2017 mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Kedua-dua mahkamah itu membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 11 Jan depan untuk sebutan kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Vivien Yeap Jie Xi dan Sareeka Balakrishnan manakala tertuduh diwakili peguam L. Mehnagha.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 07 2023

Suwaminathan mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan secara berasingan. - Gambar hiasan

Kemampuan cermin mata pintar Android XR diperlihat secara rasmi
Google akan melancarkan cermin mata pintar Android XR dalam masa terdekat, dengan perkakasan dibangunkan oleh Samsung dan rakan jenama seperti Gentle Monster, Warby Parker, dan Kering Eyewear.

Sarawak dijangka muktamadkan pengambilalihan MASwings menjelang 31 Dis
Sarawak dijangka memuktamadkan pengambilalihan MASwings menjelang 31 Dis tahun ini.

Kelab Thailand hantar pingat kejuaraan kepada tonggak JDT tanda penghargaan
Chonburi mengirim pingat kejuaraan liga kepada penyerang muda Johor Darul Ta'zim (JDT), Fergus Tierney, sebagai tanda penghargaan.

Peminat dikejutkan kehadiran Lady Gaga di medan selera Singapura
Lady Gaga, yang berpakaian serba hitam termasuk bodysuit, cermin mata hitam Prada, dan but platform dilihat bersama rombongannya menikmati pelbagai hidangan tempatan.
Wan Azizah yakin PKR mampu tawan Kelantan
Wan Azizah tegaskan potensi PKR menawan Kelantan bergantung pada semangat anak muda, integriti ahli, dan komitmen memperkukuh parti di peringkat akar umbi.

Edry KRU beli semula album sendiri
Edry KRU berkongsi keterujaan apabila terjumpa semula album KRU iaitu reKRUed yang dilancarkan pada tahun 1993, Awas! (1994) dan album kompilasi Krumania (1997).
UK hentikan rundingan perdagangan, EU pertimbang langkah serupa keatas Israel
Ikuti ulasan Pengarah Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis (IEIJS), UUM, Prof. Madya Dr. Aminurraasyid Yatiban mengenai tindakan United Kingdom yang menhentikan seketika rundingan perdagangan bebas dengan Israel dan kenyataan Kesatuan Eropah (EU) yang mempertimbangkan tindakan sama.
Tun Ahmadshah pemimpin prihatin kepada rakyat & negeri - Hajiji
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga yang dipertua Negeri Sabah Kesembilan Tun Ahmadshah Abdullah yang meninggal dunia di sebuah hospital swasta di kota kinabalu semalam.

LIMA'25: Malaysia perkukuh keselamatan maritim dengan teknologi pengawasan canggih
Malaysia akan meningkatkan pelaburan dalam teknologi pengawasan canggih bagi memperkukuh keselamatan maritim negara.

Agong berkenan berangkat ke LIMA'25
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA' 25) hari ini.

Tiada usaha selamatkan perkahwinan, Zahnita nekad bercerai
Zahnita nekad untuk bercerai dengan suaminya, Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor, 47, selepas berasakan rumah tangga yang dibina sejak hampir dua dekad lalu tidak lagi dapat diselamatkan.

Wanita berusia 21 tahun mengaku tidak bersalah buka klinik gigi tidak berdaftar
Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana membuka klinik pergigian yang tidak didaftarkan, Disember lepas.

Guru didakwa tikam anak dengan niat membunuh
Seorang guru dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, pada Khamis atas pertuduhan menikam anak lelakinya berusia 11 tahun dengan niat membunuh sehingga mengakibatkan kecederaan.

Muhyiddin sekali lagi mohon pindah kes salah guna jawatan, pengubahan wang haram ke Mahkamah Tinggi
Muhyiddin sekali lagi mengemukakan permohonan supaya tujuh kes menyalahgunakan kedudukan dan menerima wang daripada aktiviti haram dihadapinya, dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Mahkamah benar pengarah syarikat warga India diikat jamin RM50,000
Seorang pengarah syarikat warga India yang berhadapan pertuduhan pecah amanah wang syarikat, dibenar diikat jamin RM50,000.

Culik warga Palestin: 30 saksi pendakwaan akan beri keterangan
Sebanyak 30 saksi pendakwaan akan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan kes penculikan seorang lelaki warga Palestin di Malaysia.

Setiausaha Wanita DAP Selangor kekal bebas tuduhan buat bising di balai polis
Setiausaha Wanita DAP Selangor Nalina Nair Rama Krishnan kekal bebas daripada pertuduhan berkelakuan tidak senonoh dengan membuat bising di sebuah balai polis di sini, empat tahun lepas.

Bicara kes saman Fahmi Fadzil terhadap Papagomo bermula 2 Oktober
Perbicaraan kes saman fitnah difailkan Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil terhadap tiga individu termasuk Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali sebagai Papagomo akan bermula pada 2 Okt ini.

Komen lucah di Facebook, dua lelaki didenda RM3,000
Dua lelaki didenda RM3,000 setiap seorang oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah memuat naik komen bersifat lucah melalui aplikasi media sosial, tiga tahun lepas.

Empat termasuk seorang wanita didakwa membunuh
Tiga lelaki dan seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki di Sentul, minggu lepas.