awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas didenda RM8,500 anjing ‘Rottweiler’ serang 5 mangsa

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
16/04/2025
07:15 MYT
Warga emas didenda RM8,500 anjing ‘Rottweiler’ serang 5 mangsa
Chong Shen Chong (tengah) menghadapi lima pertuduhan cuai sehingga membiarkan anjingnya menyerang mangsa di Taman Desa Bidara Kuala Ketil.
BALING: Seorang lelaki warga emas yang juga pemilik anjing ‘Rottweiler’ didenda RM8,500 di Mahkamah Majistret di sini, selepas mengaku bersalah atas lima pertuduhan cuai sehingga membiarkan haiwannya menyerang mangsa di Taman Desa Bidara Kuala Ketil, pada hari raya kedua lalu.
Majistret Najwa Che Mat menjatuhkan hukuman denda RM1,700 bagi setiap pertuduhan terhadap Chong Shen Chong, 69, yang juga seorang ahli perniagaan.
Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa dengan cuai membiarkan anjing itu menyerang seorang wanita berusia 66 tahun sehingga menyebabkan kecederaan dalam kejadian lebih kurang 4.45 pagi dalam kawasan perumahan Taman Desa Bidara, 1 April lalu.
Bagi empat lagi pertuduhan, dia didakwa dengan cuai membiarkan anjing yang sama menyebabkan kecederaan terhadap empat lagi lagi mangsa berusia 28 hingga 74 tahun pada waktu yang berbeza di taman dan hari yang sama.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum bawah Seksyen 289 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga enam bulan, atau denda yang boleh sampai RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amirul Halimi Md Salleh manakala tertuduh diwakili Peguam Alvin Kua Tze Min.
Dalam rayuan, pihak pembelaan memohon mahkamah agar mengecualikan hukuman penjara berikutan keadaan tertuduh yang uzur selain disahkan menghidap kemurungan dan komplikasi jantung serta memerlukan rawatan sepanjang masa.
Jelas Alvin, pengakuan salah telah menjimatkan masa mahkamah selain tertuduh berjanji tidak mengulangi kejadian sama berikutan dua ekor anjing Rottweiler peliharaannya yang terlibat dalam kes terbabit telah dilupuskan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah.
Topic Berkaitan
#warga emas
#anjing serang orang
#hukuman denda
#mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan