awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas dipaksa minum air kencing di pusat jagaan

Astro Awani
Astro Awani
18/06/2019
04:52 MYT
Warga emas dipaksa minum air kencing di pusat jagaan
Sedutan rakaman yang menunjukkan penyelia pusat jagaan itu memperolok-olokkan penghuninya tersebar di media sosial.
MALANG buat warga emas yang menghuni di sebuah pusat jagaan di Seremban, Negeri Sembilan apabila menjadi mangsa penderaan oleh penyelia mereka.
Malang warga emas itu tambah berganda apabila mereka dipaksa minum air kencing, makan cili dan diberikan ubat tidur secara berlebihan.
Pelakuan terkutuk itu difahamkan berlaku di pusat jagaan berkenaan sejak dua tahun lalu.
Sejak petang Isnin, pendedahan mengenai tindakan tidak bertanggungjawab itu didedahkan oleh akaun Facebook ''Çik Pah Cik Ton' yang mendakwa sebagai pembela warga emas.
Portal Utusan Online melaporkan, apa yang turut menyedihkan, sebanyak 16 kematian telah dilaporkan di pusat itu sejak tahun 2017.
Angka berkenaan dilaporkan merupakan angka tertinggi untuk sebuah pusat yang dibenarkan menjaga antara enam hingga 12 orang warga emas.
Bahkan, difahamkan juga, terdapat dakwaan berlaku kematian mencurigakan melibatkan empat warga emas yang meninggal dunia sepanjang empat minggu bulan Ogos 2017.
"Bagaimanapun, punca kematian itu hanya dilaporkan akibat sakit tua.
"Pusat jagaan itu dipercayai beroperasi sejak tahun 2016 dengan menawarkan perkhidmatan penjagaan harian serta terapi untuk warga emas," lapor Utusan Online lagi.
Laman Facebook itu turut berkongsi gambar mangsa, rakaman video menunjukkan penyelia pusat jagaan itu memperolok-olokkan penghuninya, turut disebarkan dalam media sosial.
Tidak hanya warga emas yang menjadi mangsa, pekerja pusat itu juga didakwa cedera akibat dipukul dan dikurung tanpa kerelaan oleh penyelia pusat jagaan berkenaan.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan negeri, Nicole Tan Lee Koon berkata, berikutan kejadian itu, beliau telah berkunjung ke pusat jagaan warga emas itu malam Isnini.
Katanya, siasatan lanjut akan dijalankan dan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.
Topic Berkaitan
#air kencing
#ubat tidur
#warga emas
#Warga emas dipaksa minum air kencing di pusat jagaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan