awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
'Jangan biarkan tindakan haram Israel berterusan' - kata Tok Mat kepada OIC
MALAYSIA
Malaysia dipilih anggotai Suruhanjaya Tetap Bebas Hak Asasi Manusia (IPHRC)
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Warga emas dipukul, suspek positif dadah ditahan di Tumpat

Bernama
Bernama
21/06/2025
15:00 MYT
Warga emas dipukul, suspek positif dadah ditahan di Tumpat
Polis berkata orang awam yang berada berhampiran bertindak menahan suspek sebelum menghubungi Balai Polis Pengkalan Kubor. - Foto hiasan
KOTA BHARU: Polis mengesahkan bahawa telah berlaku satu kejadian seorang lelaki warga emas berumur 75 tahun dipercayai dipukul seorang lelaki, yang kemudiannya ditahan orang awam dalam kejadian yang tular di aplikasi Facebook, semalam.
Ketua Polis Daerah Tumpat ACP Mohd Khairi Shafie berkata polis menerima laporan polis berhubung kejadian itu pada 8.38 malam dan ia berlaku ketika pengadu sedang menutup pintu premis kedai runcit miliknya di Kampung Kebun, Pengkalan Kubor.
"Tiba-tiba datang seorang lelaki tempatan berumur lingkungan 30-an masuk ke dalam premis dan telah memukul mangsa menggunakan tangan di bahagian muka tanpa sebab, menyebabkan mangsa cedera," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata orang awam yang berada berhampiran bertindak menahan suspek sebelum menghubungi Balai Polis Pengkalan Kubor.
"Anggota polis dari Balai Polis Pengkalan Kubor kemudiannya berjaya menangkap suspek dan hasil saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine, selain mempunyai tujuh rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan penyalahgunaan dadah, katanya.
Susulan kejadian itu beliau dua kertas siasatan telah dibuka oleh Bahagian Siasatan Jenayah dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Daerah Tumpat di bawah Seksyen 448/323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga emas
#dipukul
#Tumpat
#ditahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami