awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas ditemukan mati di ladang kelapa sawit - Polis

Bernama
Bernama
27/05/2024
13:45 MYT
Warga emas ditemukan mati di ladang kelapa sawit - Polis
Polis berkata mayat mangsa yang dijumpai dalam keadaan tidak berpakaian didapati sudah meninggal dunia lebih kurang lima hari yang lalu. - Foto Sinar Harian
KUALA KRAI: Seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun ditemukan mati di ladang kelapa sawit dekat Pasir Layang, Kampung Bunut Saih, di sini lebih kurang pukul 6.15 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Mazlan Mamat berkata mayat mangsa yang dijumpai dalam keadaan tidak berpakaian didapati sudah meninggal dunia lebih kurang lima hari yang lalu.
"Terdapat kesan gigitan di bahagian tangan kiri dan kanan mangsa dipercayai kesan gigitan binatang buas dan siasatan lanjut juga mendapati mangsa merupakan orang hilang yang dilaporkan kepada pihaknya pada Rabu lepas.
"Menurut waris, mangsa mempunyai masalah kesihatan iaitu kencing manis, jantung dan penyakit alzheimer yang menyebabkan beliau sering kali lupa tentang perkara yang dilakukan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra untuk bedah siasat dan pakar perubatan forensik mengesahkan punca kematian tidak dapat dikenalpasti memandangkan keadaan mayat yang telah reput.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah dilakukan terhadap mangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga emas
#ditemukan mati
#ladang kelapa sawit
#Kampung Bunut Saih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan