awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Persekutuan putuskan perkataan "menghina" dan "menjengkelkan" selaras Perlembagaan
Jawatankuasa khas selaras pengurusan hal ehwal bukan Islam ditubuh di semua negeri
Penguatkuasaan terhadap aktiviti tidak berlesen diberi tumpuan utama - Tiong King Sing
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran di Ranau

Bernama
Bernama
15/11/2024
03:30 MYT
Warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran di Ranau
Seorang wanita warga emas ditemukan rentung selepas kediamannya musnah dalam kebakaran melibatkan dua rumah di Kampung Muhibbah, Ranau, Sabah, awal pagi tadi.
RANAU: Seorang wanita warga emas ditemukan rentung selepas kediamannya musnah dalam kebakaran melibatkan dua rumah di Kampung Muhibbah, di sini, awal pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Taib berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 1.20 pagi berkenaan, Wong Ling Ying, 74, dijumpai di rumahnya yang terbakar 99 peratus manakala rumah kedua terbakar 50 peratus.
"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi hari ini.
Terdahulu, Ridwan berkata, jentera bomba dari BBP Ranau bergegas ke tempat kejadian selepas pihaknya menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.
"Dua kenderaan turut terbakar, iaitu sebuah pacuan empat roda yang musnah 100 peratus manakala sebuah kereta terbakar empat peratus," katanya.
Beliau berkata api berjaya dikawal pada 2.28 pagi, dan operasi ditamatkan pukul 4.14 pagi. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran
#warga emas rentung
#rumah terbakar
#bomba Ranau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan