awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas ditendang ketika menunggang motosikal

Bernama
Bernama
18/02/2018
23:24 MYT
Warga emas ditendang ketika menunggang motosikal
Polis masih menjalankan siasatan lanjut tentang motif sebenar kejadian yang turut menjadi tular di media sosial. - Gambar hiasan
Seorang lelaki warga emas luka di beberapa bahagian badan serta sakit dada akibat ditendang seorang lelaki yang tidak dikenalinya ketika sedang menunggang motosikal di kawasan Gurney Drive, di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar berkata dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, mangsa berusia 60 tahun baru balik dari masjid dan dalam perjalanan pulang ke rumahnya yang tidak jauh dari lokasi kejadian.
"Semasa mangsa sedang menunggang motosikal, seorang lelaki yang tidak dikenali turut menunggang motosikal memotong kenderaan warga emas itu dan telah bertindak menendangnya sehingga terjatuh.
"Berikutan kejadian itu, mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang dan ditahan di wad kerana mengalami kecederaan luka di beberapa bahagian badan serta sakit dada," katanya di sini pada Ahad.
Katanya susulan kejadian itu, anak lelaki mangsa semalam membuat laporan polis berhubung insiden yang menimpa bapanya.
Anuar berkata berdasarkan siasatan awal, mangsa tidak mengenali lelaki yang menendangnya dan tidak berlaku perselisihan faham atau bergaduh dengan sesiapa sebelum kejadian berkenaan.
Katanya polis masih menjalankan siasatan lanjut tentang motif sebenar kejadian yang turut menjadi tular di media sosial termasuk Facebook serta aplikasi WhatsApp itu.
"Setakat ini polis telah berjaya mengesan seorang wanita yang merakam kejadian itu dari dalam keretanya dan dia akan hadir memberi keterangan serta menyerahkan rakaman asal insiden tersebut," katanya.
Beliau berkata polis juga meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung insiden tersebut agar menghubungi mana-mana balai polis berdekatan. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Anuar Omar
#Gurney Drive
#motosikal
#tendang
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan