awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas hilang ketika keluar ke pusat fisioterapi ditemukan maut

Bernama
Bernama
13/03/2025
15:50 MYT
Warga emas hilang ketika keluar ke pusat fisioterapi ditemukan maut
Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat R. Thinakaran, kira-kira 4.20 petang tadi. - Gambar fail/Bernama
IPOH: Seorang lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia di dalam bilik sebuah hotel di sini hari ini, selepas dilaporkan hilang ketika keluar ke pusat fisioterapi pada Selasa lepas.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat R. Thinakaran, 62, kira-kira 4.20 petang tadi.
"Pegawai perubatan dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh telah hadir ke tempat kejadian untuk mengesahkan kematian dan pemeriksaan awal di tempat kejadian mendapati si mati dalam keadaan terlantar di atas katil dan tiada sebarang kecederaan lain pada tubuh si mati.
"Susulan itu, mayat dihantar ke Unit Forensik HRPB untuk dibedah siasat pada 14 Mac bagi mendapatkan punca kematian," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes disiasat di bawah laporan mati mengejut (SDR) dan tiada sebarang unsur-unsur perbuatan jenayah dan foul play.
Abang Zainal Abidin berkata pada 4.49 petang, 11 Mac lepas pihaknya menerima maklumat seorang lelaki warga tempatan tidak pulang-pulang selepas keluar dari rumahnya di Taman Pulai Height, Kampung Kepayang dengan menaiki kereta jenis Honda Accord berwarna kelabu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga emas
#mati mengejut
#pusat fisioterapi
#perbuatan jenayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan