awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas jatuh Sungai Simpang Kanan ditemui lemas

Sinar Harian
Sinar Harian
20/07/2022
23:30 MYT
Warga emas jatuh Sungai Simpang Kanan ditemui lemas
Pasukan mencari dan menyelamat mengangkat dan menaikkan mayat mangsa yang ditemui di Parit Selulun, Batu Pahat pada Rabu. - Foto Polis Batu Pahat
BATU PAHAT: Seorang warga emas yang dikhuatiri terjatuh dari jambatan Sungai Simpang Kanan di Tongkang Pechah di sini, pada Selasa ditemui lemas.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, mayat lelaki berusia 68 tahun itu ditemui jam 12.55 tengah hari pada Rabu di Parit Selulun di sini, kira-kira tiga kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh.
"Mayat kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat untuk bedah siasat.
"Setakat ini, polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Pada Selasa, seorang warga emas dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari jambatan Sungai Simpang Kanan berdasarkan sepasang selipar yang ditemui di atas jambatan berkenaan.
Selain itu, polis juga menemukan sebuah motosikal yang ditinggalkan di bahu jalan kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.
Katanya, usaha mencari dan menyelamat melibatkan 33 pegawai dan anggota Polis, Bomba, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Sungai Simpang Kanan
#Polis Batu Pahat
#jambatan Sungai Simpang Kanan
#warga emas jatuh sungai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan