awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas kerugian lebih RM200,000 ditipu 'pegawai BNM'

Bernama
Bernama
07/12/2023
12:06 MYT
Warga emas kerugian lebih RM200,000 ditipu 'pegawai BNM'
Wanita berusia awal 60-an itu mendakwa menerima satu pesanan ringkas daripada nombor tidak dikenali menyatakan terdapat penggunaan kad kredit miliknya di aplikasi beli-belah dalam talian. - Gambar fail/Pixabay
SEREMBAN: Seorang wanita warga emas kerugian RM212,951.20 akibat terpedaya dengan pihak yang menyamar sebagai pegawai Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung penggunaan kad kredit.
Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata pada 4 Dis lepas, wanita berusia awal 60-an itu mendakwa menerima satu pesanan ringkas daripada nombor tidak dikenali menyatakan terdapat penggunaan kad kredit miliknya di aplikasi beli-belah dalam talian.
"Mangsa kemudian diarahkan menghubungi talian yang diberikan kononnya untuk melaporkan perkara tersebut kepada BNM.
"Menerusi perbualan dengan individu menyamar pegawai BNM itu, dia diminta menyerahkan semua maklumat perbankan termasuk nombor kad mesin juruwang automatik (ATM) dan nilai pengesahan kad (CVV) miliknya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mangsa juga diarahkan untuk memberikan nombor pas pengesahan transaksi (OTP) yang diterima dengan alasan untuk menyekat akaun daripada disalahgunakan menyebabkan wanita itu mengalami pengurangan wang dalam beberapa akaun banknya pada hari sama.
Abdul Malik berkata mangsa kemudian membuat laporan polis semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#menyamar
#pegawai BNM
#kad kredit
#Polis Daerah Nilai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan