MIRI: Seorang warga emas rugi RM41,500 gara-gara terpedaya dengan penipuan melalui talian oleh penjenayah yang menyamar sebagai rakannya pada Khamis lalu.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, insiden berlaku pada 28 September lalu dan polis telah menerima aduan daripada wanita malang berusia 60-an itu.
“Mangsa dihubungi oleh individu yang menyamar sebagai rakannya menggunakan nombor telefon baharu.
"Dia kemudiannya diberitahu bahawa kononnya rakannya itu memerlukan bantuan kewangan kerana baru sahaja kehilangan dompet dan akaun banknya perlu dikemas kini sebelum memperoleh akses kepada akaun bank baharunya.
Mangsa kata Azman lagi, tanpa berfikir panjang, terus membuat empat transaksi secara atas talian berjumlah RM41,500 ke akaun bank yang diberikan oleh 'rakannya' itu.
Mangsa berasa sangsi selepas transaksi berjaya dibuat dan telah cuba untuk menghubungi rakannya menerusi nombor telefon yang sedia ada.
"Mangsa berasakan dirinya tertipu setelah rakannya yang sebenar menyatakan bahawa dompetnya tidak hilang dan bukan dirinya yang menghubungi mangsa.
Ekoran insiden tersebut, Azman menasihati orang ramai agar jangan mudah terpedaya dengan penipuan panggilan telefon yang mencurigakan dan boleh merugikan diri mereka sendiri.
Devonshire Sikem
Sat Sep 30 2023
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri menasihati orang ramai agar jangan mudah terpedaya dengan penipuan panggilan telefon yang mencurigakan dan boleh merugikan diri mereka sendiri.
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
Ibu pegawai polis rugi RM80,000 disamun tujuh lelaki bertopeng
Mangsa yang belum tidur dan berada di dapur kemudian terdengar bunyi kuat di pintu sebelum terkejut apabila melihat tujuh lelaki bertopeng dan bersenjata.