awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua cedera ambulans jatuh gaung

Sinar Harian
Sinar Harian
27/04/2024
09:30 MYT
Dua cedera ambulans jatuh gaung
Mangsa kejadian ambulans terjatuh ke dalam gaung di Jalan Sungai Lalang, Semenyih, Selangor diletakkan dalam pengusung sebelum menerima bantuan lanjut pada Sabtu. - Foto ihsan JBPM
SEMENYIH: Dua individu cedera apabila sebuah ambulans terbabas dan jatuh ke dalam gaung setinggi kira-kira enam meter di Simpang Tiga Sungai Lui Jalan Sungai Lalang, dekat sini pada Sabtu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan insiden itu sekitar jam 2.07 petang.
Beliau berkata, lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih dan sebuah jentera digerakkan ke lokasi kejadian.
“Pemeriksaan mendapati kemalangan melibatkan dua mangsa yang berada dalam ambulans termasuk pemandu.
"Kedua-dua mangsa merupakan lelaki tempatan berusia 30 tahun dan seorang wanita tempatan berusia 21 tahun,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Kata beliau, kedua-dua mangsa cedera ringan dan tiada mangsa yang tersepit dalam nahas tersebut.
"Kesemua mangsa berjaya dibawa naik dengan selamat,” ujarnya.
Ujarnya, ambulans itu dalam perjalanan dari Ipoh, Perak menuju ke acara perlumbaan basikal di Jalan Genting Peres, dekat sini.
Tambah beliau ketika kejadian itu ambulans tersebut tidak membawa pesakit.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#ambulan jatuh gaung
#Semenyih
#Jalan Sungai Lalang
#JBPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan