awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas mangsa pelaburan tidak wujud, rugi lebih RM500,000

Bernama
Bernama
03/09/2025
09:55 MYT
Warga emas mangsa pelaburan tidak wujud, rugi lebih RM500,000
Lelaki berusia 73 tahun itu tertarik dengan iklan pelaburan di laman Facebook yang menawarkan keuntungan tinggi pada 2 April lepas. - Gambar hiasan
BATU PAHAT: Seorang lelaki warga emas kerugian RM563,560 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud dalam talian.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata lelaki berusia 73 tahun itu tertarik dengan iklan pelaburan di laman Facebook yang menawarkan keuntungan tinggi pada 2 April lepas.
Beliau berkata mangsa yang kemudiannya berurusan dengan seorang lelaki tidak dikenali melalui aplikasi WhatsApp, bertindak melakukan transaksi ke lima akaun berbeza secara berperingkat bermula 3 Jun hingga 24 Julai lepas, keseluruhan berjumlah RM563,560.
"Setelah memasukkan wang, mangsa kemudian mendapati keuntungan hasil pelaburan telah berganda hingga mencecah RM1,770,017.
"Untuk mengeluarkan wang berkenaan warga emas tersebut diminta membuat pembayaran tambahan namun dia tidak melakukannya. Mangsa juga tidak mendapat pulangan yang dijanjikan malah wang yang dilaburkan juga terus lesap," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata mangsa yang menyedari dirinya di tipu bertindak memuat laporan polis semalam dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#scam
#pelaburan tidak wujud
#warga emas tertipu
#penipuan dalam talian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan