awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas OKU maut, anak dan cucu cedera dalam kebakaran

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
08/04/2025
02:10 MYT
Warga emas OKU maut, anak dan cucu cedera dalam kebakaran
Anggota bomba memeriksa keadaan rumah yang terlibat dalam kebakaran di Taman Emas Murni, Marang. - Foto JBPM
MARANG: Seorang warga emas maut manakala tiga lagi ahli keluarganya cedera selepas kediaman yang didiami mereka musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.
Kebakaran di Taman Emas Murni, Marang kira-kira jam 4.13 pagi itu menyebabkan kediaman yang didiami mangsa bersama anak dan dua cucunya musnah 60 peratus.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Marang, Timbalan Penguasa Bomba Che Badrul Isham Che Mohd Noor berkata, insiden itu menyebabkan mangsa Razaidah Muhamad, 78, yang juga orang kurang upaya (OKU) mental, maut di tempat kejadian selepas terperangkap dalam bilik tidur.
Katanya, Halimatun Mad Zin, 49, bersama dua anaknya berusia 23 dan 18 tahun, yang juga OKU mental, berjaya menyelamatkan diri sebelum ketibaan pihak bomba.
"Sejurus menerima panggilan seramai seramai 17 pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Mangsa ditemui terperangkap di dalam bilik tidur dan melecur sekitar 20 hingga 30 peratus," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Beliau berkata punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
Topic Berkaitan
#kebakaran
#warga emas
#OKU
#melecur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan