awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas maut daki Bukit Soga

Sinar Harian
Sinar Harian
19/05/2021
22:30 MYT
Warga emas maut daki Bukit Soga
Anggota bomba mengusung mayat seorang warga emas yang maut semasa mendaki bersama-sama isteri dan anaknya di Bukit Soga, Batu Pahat pada Rabu. -Foto Sinar Harian
BATU PAHAT: Seorang warga emas meninggal dunia semasa mendaki bersama-sama isteri dan anaknya di Bukit Soga dekat sini pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, mangsa, Gan Tian Guan, 62, isteri, 54, dan anak perempuannya yang berusia 19 tahun dari Taman Putera di sini mendaki bukit tersebut pada jam 4 petang.
"Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat kemudian menerima maklumat menyatakan mangsa tidak sedar diri semasa mendaki di Bukit Soga.
"Dimaklumkan setiba mereka di puncak ketinggian 286 meter, mangsa mengadu pening kepala dan terjatuh lalu tidak sedar diri," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.
Katanya, anak mangsa kemudian turun ke bawah dan meminta bantuan orang ramai sebelum menghubungi pihak hospital, polis dan bomba.
Jelasnya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh kakitangan Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini yang hadir di lokasi berkenaan.
Menurutnya, mayat mangsa diturunkan dengan bantuan pihak bomba dan dihantar ke HSNI untuk bedah siasat.
Beliau berkata, kes disiasat dan diklasfikasikan sebagai mati mengejut.
Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penggaram, Penguasa Bomba Kanan II Rohaizat Hamdan berkata, sembilan anggota dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dihantar ke tempat kejadian.
"Mereka turut dibantu satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS). Pihak bomba mengangkat mangsa menggunakan stretcher dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
"Operasi mencari dan menyelamat mangsa tamat pada jam 7.25 petang," katanya dalam satu kenyataan.
Artikel asal di Sinar Harian: Warga emas maut mendaki Bukit Soga
Topic Berkaitan
#Bukit Soga
#Ismail Dollah
#Gan Tian Guan
#Taman Putera
#warga emas
#BBP
#FRT
#Balai Bomba dan Penyelamat
#Hospital Sultanah Nora Ismail
#HSNI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan