NATIONAL
Warga emas maut dalam nahas motosikal, tercampak 16 meter

Motosikal mangsa hilang kawalan dan terbabas dalam kejadian di Kilometer 34 Jalan Kota Kinabalu-Papar, Putatan. -Sinar Harian
PENAMPANG: Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan dan terbabas sendiri dalam kejadian di Kilometer 34 Jalan Kota Kinabalu-Papar, Putatan, di sini, awal pagi Khamis.
Ringkasan AI
- Seorang lelaki warga emas berusia 75 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan dan terbabas di Kilometer 34 Jalan Kota Kinabalu-Papar, Putatan.
- Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton, menyatakan bahawa siasatan awal mendapati motosikal mangsa hilang kawalan sebelum terbabas. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
- Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta untuk menghubungi pegawai penyiasat dan tidak menularkan imej atau video kemalangan di media sosial bagi menjaga sensitiviti keluarga mangsa.
"Sebaik tiba di lokasi, motosikal mangsa telah hilang kawalan lalu terbabas dan menyebabkannya tercampak dari kedudukan asal kenderaan tersebut.
"Akibat kejadian itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Katanya lagi, mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) untuk tujuan bedah siasat.
"Sementara itu, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini diminta tampil menyalurkannya dengan pegawai penyiasat Inspektor Saparia Ladoni di talian 019-8095133.
"Orang awam juga diminta untuk tidak menularkan sebarang imej atau klip video berkaitan kemalangan tersebut di media sosial bagi menjaga sensitiviti ahli keluarga terlibat," katanya. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami