awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas maut ditanduk kerbau betina yang mahu dijual

Bernama
Bernama
28/12/2016
13:26 MYT
Warga emas maut ditanduk kerbau betina yang mahu dijual
Hasrat seorang warga emas menjual kerbaunya tidak kesampaian apabila dia mati ditanduk kerbau itu di Kampung Pak Itam di sini semalam. -Gambar hiasan
Hasrat seorang warga emas menjual kerbaunya tidak kesampaian apabila dia mati ditanduk kerbau itu di Kampung Pak Itam di sini semalam.
Haiwan itu dikatakan baharu melahirkan anak tiga bulan lalu.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, ACP Ibrahim Saad berkata mayat Mat Usop Che Ya, 65, ditemukan pada pukul 3 petang dengan mengalami pendarahan yang teruk di leher dan kepalanya.
"Mangsa dilapor mahu menangkap haiwan peliharaannya itu untuk dijual kepada seorang kenalannya," katanya.
Isteri mangsa Fatimah Ibrahim, 57, yang tinggal di Kampung Tok Rusa berkata pada sebelah pagi kejadian suaminya memberitahu dia mahu menangkap kerbau berkenaan untuk dijual.
Beliau berkata beliau mengetahui suaminya meninggal pada pukul 3.30 petang selepas menerima panggilan dari seorang penduduk kampung sebelum beliau dan seorang anaknya bergegas ke tempat kejadian yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari rumahnya.
"Saya tidak menyangka kejadian ini menimpa suami saya yang sudah menternak kerbau sejak 30 tahun lalu," katanya.
Mereka menternak lebih 20 ekor kerbau dan kerbau betina terbabit adalah antara yang paling sukar dikawal dan oleh itu suaminya mahu menjual haiwan berkenaan, tambahnya.
Jenazah Allahyarham yang selepas kejadian dibawa ke Hospital Pair Mas dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Senor pagi tadi. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jual kerbau
#kerbau betina
#maut ditanduk
#pendarahan teruk di leher
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan