ALOR GAJAH: Warga emas maut manakala empat lagi cedera selepas kereta Proton Wira yang dinaiki bertembung dengan sebuah kereta Perodua Axia di Jalan Kampung Paya Rumput, Masjid Tanah dekat sini pada awal pagi Isnin.
Dalam kejadian jam 12.10 pagi, mangsa Timah Abu, 82, yang menaiki Proton Wira dalam perjalanan dari arah Masjid Tanah ke Lubok Redan disahkan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Alor Gajah.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, hasil siasatan mendapati kemalangan membabitkan dua kenderaan termasuk sebuah kereta Perodua Axia yang dipandu lelaki berusia 59 tahun.
Menurutnya, setiba di lokasi kejadian Perodua Axia yang dipandu oleh Bilal Masjid Ramuan China Besar dari arah Kampung Ramuan China Besar telah hilang kawalan ketika melalui satu selekoh lalu terbabas ke laluan bertentangan.
Beliau berkata, pada masa sama kenderaan dinaiki warga emas sekeluarga termasuk cicitnya tidak dapat mengelak lalu bertembung dengan kereta terbabit.
"Akibat kemalangan itu mangsa bersama menantu, Noordin Mohamed Sali, 50, yang memandu kereta, anaknya, Saadiah Mohd Yasin,46, dan cicitnya, Muhammad Megat Iskandar Muhammad Zulkalnain berusia enam tahun, cedera dan dirawat di zon kuning, Hospital Alor Gajah.
"Namun jam 4 pagi, pihak hospital memaklumkan wanita warga emas itu disahkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di hospital," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Mengulas lanjut, Ashari berkata, impak kemalangan itu bilal terbabit turut mengalami kecederaan dan dirawat di zon merah hospital sama.
"Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat dan siasatan lajut masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Apr 15 2024
Keadaan kereta Proton Wira dan Perodua Axia dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Kampung Paya Rumput, Masjid Tanah awal pagi Isnin. Gambar kecil: Ashari
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Banjir kilat: Warga emas maut kereta dihanyut arus
Sorang warga emas maut selepas kereta dipandunya terperangkap sebelum dihanyutkan arus deras ke sungai dalam kejadian banjir kilat di Kilometer 4 Jalan Selirik di Kapit.
Wanita warga emas maut kereta dinaiki terbabas ke gaung
Dalam kejadian kira-kira 2 petang itu, mereka dalam perjalanan dari Melaka untuk pulang ke rumah mereka di Palong 1 dekat Tampin.
Warga emas maut dalam nahas motosikal, tercampak 16 meter
Sebaik tiba di lokasi, motosikal mangsa telah hilang kawalan lalu terbabas dan menyebabkannya tercampak dari kedudukan asal kenderaan tersebut.
Dua lelaki warga emas maut, kereta langgar pembahagi Plaza Tol Sungai Besi
Dalam kejadian pukul pukul 3.42 pagi, kedua-dua mangsa, masing-masing berusia 64 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.
Warga emas ditemukan maut disyaki dibunuh
Mayat seorang lelaki warga emas disyaki dibunuh ditemukan di hadapan pintu masuk sebuah pasar raya di Klebang di sini, semalam.
Warga emas menunggang basikal elektrik maut kemalangan
Kemalangan membabitkan sebuah kereta dipandu seorang wanita yang sedang dalam perjalanan dari Bahau menghala ke Ladang Gaddes untuk pulang ke rumahnya.
Suami isteri maut, van dipandu menantu terbabas langgar tembok
Suami isteri warga emas maut selepas van dinaiki terbabas dan melanggar tembok batu di Jalan Kuala Kangsar pada Jumaat.
Wanita warga emas maut ditikam di kepala oleh anak saudara
Seorang wanita warga emas maut ditikam di kepala dengan gunting oleh anak saudaranya dalam kejadian pergaduhan di Kepala Batas.
Pasangan warga emas, cucu maut nahas kebakaran rumah
Seorang lagi cucu perempuan pasangan itu yang berusia 14 tahun mengalami kecederaan dan sedang dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah.
Warga emas tinggal sendirian ditemukan maut dalam kebakaran
Halimah dijumpai anggota bomba di bilik air dalam keadaan tertiarap dan melecur pada beberapa bahagian anggota badan.