awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas maut, kereta langgar kon sebelum rempuh belakang treler

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
17/02/2023
03:33 MYT
Warga emas maut, kereta langgar kon sebelum rempuh belakang treler
Seorang penumpang warga emas maut selepas kereta yang dinaikinya melanggar kon sebelum merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 334.4 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, dekat Tapah, pagi ini. - Gambar ihsan PDRM
TAPAH: Seorang penumpang warga emas maut selepas kereta yang dinaikinya melanggar kon sebelum merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 334.4 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, dekat sini, pagi ini.
Wanita berusia 81 tahun itu meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tapah.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kira-kira jam 5.30 pagi, sebuah treler muatan alat ganti kereta yang dalam perjalanan dari Johor ke Padang Besar, Perlis telah terbabas lalu melanggar pembahagi jalan besi di tengah lebuhraya.
Menurutnya, kira-kira sejam kemudian, sebuah kereta yang datang dari arah sama telah hilang kawalan lalu melanggar kon keselamatan dan seterusnya terbabas melanggar bahagian belakang treler itu.
“Dalam kemalangan ini penumpang belakang kereta yang berumur 81 tahun telah meninggal dunia di Hospital Tapah semasa menerima rawatan di wad kecemasan,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurutnya, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Katanya, orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Prathiparaj Punasagaran di talian 014-6178095.
“Pengguna jalan raya diingatkan supaya lebih berhati-hati dan bertimbang rasa semasa memandu kenderaan supaya kemalangan sebegini dapat dielakkan,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#warga emas maut
#kereta langgar kon
#rempuh treler
#Lebuhraya Utara Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan