awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas maut kereta terbabas, terbalik

Sinar Harian
Sinar Harian
28/05/2023
01:15 MYT
Warga emas maut kereta terbabas, terbalik
Seorang wanita warga emas maut selepas kereta dinaiki terbabas dan terbalik di Jalan Perani, Bandar Seri Perani, Kota Tinggi, pada Jumaat. - Gambar SINAR HARIAN
KOTA TINGGI : Seorang wanita warga emas maut selepas kereta dinaiki hilang kawalan sebelum terbalik di tepi Jalan Perani, Bandar Seri Perani pada lewat petang Jumaat.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Rafi Mohd Nor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 7.05 petang.
"Seramai lapan anggota dengan bantuan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dihantar ke tempat kejadian.
"Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Wira terbabas di bahu jalan. Terdapat dua mangsa iaitu seorang lelaki dewasa, Muhammad Syukur Osman, 30, cedera ringan dan seorang wanita warga emas, Asmah Kental, 64, cedera," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata, kedua-dua mangsa dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba sampai dan pihaknya memberikan rawatan awal kepada mangsa.
Katanya, pegawai perubatan yang hadir memberi rawatan ke lokasi kemudian mengesahkan wanita berkenaan telah meninggal dunia.
Tambah beliau, operasi menyelamat tamat pada jam 8.24 malam. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#warga emas maut
#kereta terbabas
#kemalangan
#Bandar Seri Perani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan