awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Poland bakal bentuk angkatan tentera terkuat di Eropah, kata PM Tusk
Penyelarasan pakaian seragam sekolah masih dikaji, tiada perubahan sesi persekolahan 2026
Polis tahan dua lagi lelaki bantu siasatan kes bunuh di Sg Bakap
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas maut tertembak, polis sahkan tiada unsur jenayah

Sinar Harian
Sinar Harian
16/08/2025
07:10 MYT
Warga emas maut tertembak, polis sahkan tiada unsur jenayah
Pasukan siasatan yang tiba mendapati mangsa sudah tidak sedarkan diri dalam keadaan terbaring di atas kerusi kayu di luar rumah.
IPOH: Polis mengesahkan tiada unsur jenayah dalam kes kematian seorang lelaki warga emas yang ditemui mati dengan kesan tembakan di dada di kediamannya di Lorong Jelapang 13, Jelapang pada Jumaat.

Ringkasan AI
  • Seorang lelaki warga emas berusia 75 tahun ditemui mati dengan kesan tembakan di dada di kediamannya di Jelapang, Ipoh, dan disahkan tertembak diri sendiri menggunakan senapang patah.
  • Polis mengesahkan tiada unsur jenayah dalam kejadian tersebut dan mengklasifikasikan kes sebagai laporan mati mengejut (SDR).
  • Mangsa menghidap kanser kolon tahap empat dan memiliki lesen senjata api yang sah, manakala siasatan lanjut termasuk bedah siasat dan keterangan ahli keluarga sedang dijalankan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, siasatan awal mendapati mangsa berusia 75 tahun itu tertembak diri sendiri menggunakan senapang patah.
Menurutnya, polis menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 11.35 pagi dan pasukan siasatan yang tiba mendapati mangsa sudah tidak sedarkan diri dalam keadaan terbaring di atas kerusi kayu di luar rumah.
“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 12 tengah hari.
“Hasil pemeriksaan awal di lokasi mendapati tiada sebarang unsur jenayah berlaku dan kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR),” katanya ketika dihubungi pemberita pada Sabtu.
Beliau berkata, mangsa yang menghidap kanser kolon tahap empat tinggal bersama isteri, anak sulung, menantu dan seorang cucu, namun tiada ahli keluarga berada di rumah ketika kejadian berlaku.
Katanya, siasatan turut mendapati mangsa memiliki senjata api jenis Baretta D81735B sejak 30 tahun lalu dan lesen berkenaan baru sahaja diperbaharui Mei lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.
“Mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik HRPB untuk proses bedah siasat dan polis turut mengambil keterangan daripada beberapa individu termasuk ahli keluarga bagi membantu siasatan,” katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Kes Tembak
#warga emas
#senapang patah
#Ipoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan