awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas melecur, dua selamat dalam kebakaran

Bernama
Bernama
20/04/2025
09:30 MYT
Warga emas melecur, dua selamat dalam kebakaran
Pasukan bomba menerima panggilan kecemasan pada 3.49 pagi dan 13 anggota serta sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu bergegas ke lokasi kejadian. - Gambar hiasan
BINTULU: Seorang lelaki warga emas melecur di bahagian belakang badan manakala dua lagi penghuni berjaya menyelamatkan diri tanpa kecederaan dalam kebakaran di sebuah rumah di Taman Medan Ginseng, Jalan Sibiyu di sini, awal pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata mangsa berusia 65 tahun telah diberi rawatan awal oleh pasukan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) sebelum dihantar ke Hospital Nyabau untuk rawatan lanjut.
"Dua lagi penghuni, seorang lelaki berusia 88 tahun dan seorang wanita belum diketahui usia tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 3.49 pagi dan 13 anggota serta sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira empat kilometer dari BBP berkenaan.
"Kebakaran melibatkan sebuah rumah separuh kekal yang merupakan struktur tambahan dan bersambung dengan rumah teres dua tingkat berstruktur kekal. Keseluruhan bangunan dengan keluasan 4.57 x 7.31 meter persegi itu musnah terbakar seratus peratus," katanya.
Api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 4.53 pagi dan punca kebakaran serta jumlah kerugian sedang disiasat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran
#warga emas
#melecur
#Bintulu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan