KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga emas ditahan selepas bertindak menyamar sebagai pegawai kanan polis dan turut mengaku mempunyai pangkat 'Datuk' untuk mendapatkan kelulusan permit rentas negeri.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, lelaki berusia 65 tahun itu hadir ke Balai Polis Petaling Jaya pada 9 malam, Jumaat lalu.
"Suspek menunjukkan gambar dirinya berpakaian uniform lengkap di dalam telefon pintar dan mengaku sebagai pegawai kanan polis berpangkat Asisten Komisioner (ACP) tanpa menunjukkan sebarang bukti identiti.
"Anggota polis yang bertugas ketika itu telah meminta suspek mengemukakan sebarang dokumen yang menunjukkan dirinya seorang pegawai kanan polis, namun suspek gagal berbuat demikian.
"Suspek turut mengaku dirinya mempunyai pangkat 'Datuk'," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Mohamad Fakhrudin berkata, suspek ditahan reman selama satu hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan.
Ia memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.
"Menyamar sebagai penjawat awam ialah kesalahan serius dan tindakan lebih tegas akan dikenakan sekiranya ada pihak yang cuba menyamar dan memalsukan sebarang dokumen bagi permohonan permit rentas negeri.
"Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya mengingatkan kepada semua lapisan masyarakat agar sentiasa mematuhi syarat-syarat perintah kawalan pergerakan yang ditetapkan supaya penularan COVID-19 dapat diputuskan," tambahnya.
Afiezy Azaman
Sun May 09 2021
MOHAMAD FAKHRUDIN: Anggota polis bertugas meminta suspek mengemukakan dokumen yang menunjukkan dirinya pegawai kanan polis, namun suspek gagal berbuat demikian. - Astro AWANI
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Suspek utama kes tikam wanita China ditahan - Ketua Polis KL
Suspek wanita berusia 34 tahun yang juga warga China itu ditahan di sekitar ibu negara, pada petang Rabu.
Lima warga Myanmar ditahan bantu siasatan kes bunuh wanita senegara
Kesemua suspek ditahan secara berasingan di antara 1 tengah hari dan 6.30 petang di kawasan Bandar Teknologi dan Semenyih.
Lelaki ditahan terlibat buli jalan raya, langgar mangsa hingga cedera
Polis Shah Alam menerima laporan daripada mangsa yang juga seorang lelaki berusia 49 tahun pada 10.28 malam, hari yang sama.
Isteri Sabari mahu tindakan undang-undang setimpal terhadap suspek
Subhiah Roslina Shahibi tidak pernah terfikir orang lain akan melakukan kejahatan sekejam yang dilakukan suspek terhadap suaminya.
Suspek kes tikam pereka dalaman ditahan di ibu negara
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya sahkan suspek ditahan di sekitar ibu negara semalam dan proses reman akan dilaksanakan pagi ini.
Penganggur miliki 46 rekod lampau ditahan kes curi komponen lori di Simpang Ampat
Suspek berusia 47 tahun itu ditahan dalam operasi khas pada Rabu, susulan laporan kecurian komponen lori di kawasan tersebut.
Suspek pemerdagangan manusia dengan 36 pasport ditahan di Pakistan
Suspek yang turut terlibat dalam kes penipuan visa didapati memiliki 36 pasport Pakistan.
Anggota polis cedera diserang ketika cubaan tahan suspek
Kejadian berlaku ketika sepasukan polis membuat tangkapan ke atas suspek iaitu lelaki berumur awal 30-an berhubung kes perbuatan khianat.
Suspek bunuh isteri, anak direman tujuh hari
Perintah reman terhadap lelaki berusia 43 tahun itu bermula hari ini sehingga 26 Ogos.
Suspek tikam dua wanita di tandas surau ditahan polis
Suspek yang juga lelaki tempatan berusia 46 tahun itu diberkas ketika bersembunyi di rumah kenalannya di Kajang.