awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Kamil Munim bertemu Yasin di Hospital Bahagia
MALAYSIA
Kes bunuh penuntut: 14 individu termasuk rakan serumah, pensyarah direkod keterangan
MALAYSIA
TUDM teliti konflik global untuk pastikan perancangan kekal relevan - PTU
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Warga emas miliki 39 rekod jenayah pecah rumah ditahan

Bernama
Bernama
26/06/2025
08:04 MYT
Sponsor Banner
Warga emas miliki 39 rekod jenayah pecah rumah ditahan
Roslan (dua, kiri) menunjukkan barangan mewah yang dirampas daripada seorang warga emas berusia 60 tahun yang aktif melakukan kegiatan pecah rumah dengan menyasarkan rumah mewah di sekitar daerah berkenaan sebagai target utama. -Foto IPD Tangkak
TANGKAK: Seorang warga emas yang memiliki 39 rekod kesalahan lampau berkaitan kes pecah rumah dengan aktif melakukan kegiatan itu di Tangkak dan kawasan sekitar ditahan di sebuah pangsapuri di Taman Kesidang, Melaka, petang semalam.

Ringkasan AI
  • Seorang lelaki warga emas berusia 60 tahun dengan 39 rekod jenayah lampau ditahan di Melaka kerana disyaki aktif melakukan pecah rumah di Tangkak sejak Mac lalu.
  • Polis merampas barangan hasil samun termasuk 19 beg tangan berjenama, jam tangan mewah, wang tunai pelbagai mata wang, serta peralatan pecah rumah dan sebuah kereta Hyundai Getz.
  • Suspek disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan dipercayai terlibat dalam sekurang-kurangnya lapan kes pecah rumah di sekitar Bukit Gambir, Sungai Mati, dan Tangkak.

Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Roslan Mohd Talib berkata lelaki berusia 60 tahun itu ditahan pada 3.10 petang berdasarkan hasil risikan dan maklumat diterima polis.
"Suspek menyasarkan rumah mewah kosong dan dipercayai melakukan kegiatan berkenaan sejak Mac lepas," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata polis menemukan sejumlah barangan dipercayai hasil samun antaranya 19 beg tangan berjenama, jam tangan mewah serta wang tunai pelbagai negara termasuk dolar Singapura (SGD) dan Amerika Syarikat (USD).
Selain itu, beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk pecah rumah turut ditemukan seperti pemutar skru, sarung tangan dan lampu suluh.
"Polis turut merampas sebuah kereta jenis Hyundai Getz dipercayai digunakan dalam kes yang sama. Keseluruhan nilai rampasan dianggarkan RM300,00," katanya.
Beliau berkata dengan penahanan lelaki itu, pihaknya percaya berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya lapan kes pecah rumah di sekitar Bukit Gambir, Sungai Mati dan Tangkak.
Lelaki berkenaan didapati negatif terhadap dadah dan dia kini disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga emas
#Dadah
#pecah rumah
#Tangkak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami