awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas rugi lebih RM100,000 terpedaya pinjaman tidak wujud

Bernama
Bernama
05/03/2025
07:36 MYT
Warga emas rugi lebih RM100,000 terpedaya pinjaman tidak wujud
Wanita itu tertarik untuk membuat pinjaman wang selepas melihat iklan di media sosial oleh sebuah syarikat peminjam wang. - Gambar hiasan
KUANTAN: Seorang pesara kerugian RM105,311.72 selepas terpedaya sindiket penipuan pinjaman tidak wujud menerusi aplikasi WhatsApp, pada Februari lepas.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata wanita berusia 61 tahun itu tertarik untuk membuat pinjaman wang selepas melihat iklan di media sosial oleh sebuah syarikat peminjam wang dan telah berhubung dengan individu tidak dikenali di aplikasi WhatsApp.
Beliau berkata suspek yang bertindak sebagai agen syarikat itu meminta mangsa yang ingin membuat pinjaman sebanyak RM60,000, menyerahkan maklumat peribadi berupa gambar kad pengenalan dan penyata pencen.
"Mangsa kemudian dimaklumkan pinjamannya telah diluluskan. Bagaimanapun, pada 8 hingga 26 Feb lepas, wanita itu diminta membuat pembayaran kononnya untuk tujuan menaikkan penarafan kredit, caj cukai jualan dan perkhidmatan (SST), insurans dan pelbagai bayaran lain.
"Wanita itu telah membuat 35 transaksi ke 19 akaun berbeza sebanyak RM105,311 namun untuk mendapatkan kembali wangnya, mangsa diminta membuat pembayaran lain dan diugut gambar kad pengenalannya akan ditularkan di Facebook," katanya dalam kenyataan hari ini.
Yahaya berkata mangsa tidak pernah menerima sebarang wang pinjaman daripada agen syarikat tersebut dan wang yang dibayar itu adalah simpanannya.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya membuat semakan terlebih dahulu sebelum membuat pinjaman dan di platform yang betul serta berdaftar bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga emas
#pinjaman tidak wujud
#alami kerugian
#Polis Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan