awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas rugi lebih RM289,000 terperdaya pelaburan tidak wujud

Bernama
Bernama
23/09/2023
07:03 MYT
Warga emas rugi lebih RM289,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Mangsa lelaki tempatan itu telah berurusan dengan seorang wanita pada 24 Ogos lepas menggunakan Facebook dan aplikasi WhatsApp. -Gambar hiasan
BATU PAHAT: Seorang warga emas berusia 68 tahun mendakwa kerugian sebanyak RM289,067.58 selepas terperdaya dengan pelaburan tidak wujud melalui aplikasi Facebook.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah berkata mangsa lelaki tempatan itu telah berurusan dengan seorang wanita pada 24 Ogos lepas menggunakan Facebook dan aplikasi WhatsApp.
Katanya mangsa telah diajak oleh suspek untuk menyertai skim pelaburan yang menjanjikan pulangan yang lumayan, dan mangsa kemudiannya diminta memuat turun aplikasi 'Nicshare' dengan menekan pautan pelaburan berkenaan.
"Pada masa yang sama mangsa telah memberikan maklumat seperti nama, nombor kad pengenalan dan maklumat akaun bank bagi tujuan pendaftaran.
"Mangsa juga telah diterangkan cara-cara mengendalikan aplikasi tersebut dan diberitahu keuntungan akan diperoleh mengikut kemampuan modal masing-masing," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Ismail mangsa telah berminat dengan tawaran itu dan telah membuat pindahan wang ke dalam tujuh akaun yang berbeza mulai 24 Ogos hingga Khamis lepas atas arahan wanita tersebut.
"Namun setelah pembayaran dibuat mangsa tidak menerima sebarang pulangan yang dijanjikan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga emas
#pelaburan tidak wujud
#Nicshare
#Facebook dan WhatsApp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan