KUANTAN: Seorang pesara kerajaan mendakwa kerugian lebih RM4.3 juta akibat terpedaya dengan sindiket 'love scam', selepas berkenalan dengan seorang lelaki kononnya warganegara Amerika Syarikat menerusi laman Facebook, tahun lepas.
Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata wanita berusia 66 tahun itu dikatakan telah membantu suspek yang mendakwa bekerja sebagai ahli kaji bumi di sebuah syarikat cari gali minyak, dan menetap di Amerika Syarikat antara 2 Dis 2021 hingga 31 Mei lepas.
"Pelbagai alasan telah diberikan suspek untuk memperdaya mangsa antaranya membantu lelaki itu menjelaskan hutang, pembayaran kontrak kerja, upah pekerjaan, kos perubatan selain kos pembayaran peguam urusan harta warisan bapa suspek, yang dikatakan mati akibat tekanan masalah hutang.
"Sepanjang tempoh berkenaan, mangsa telah membuat 190 transaksi ke dalam pelbagai akaun bank diberikan oleh suspek dengan kerugian berjumlah RM4,342,500," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, mangsa yang disedari telah diperdaya dengan sindiket berkenaan telah membuat laporan polis semalam, bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.
Dalam kes berasingan, Ramli memaklumkan seorang lelaki kerugian RM1.5 juta, selepas terpedaya dengan pelaburan penanaman pokok yang akan membuahkan 'X-Fruit' seluas 30 hektar, yang dikatakan boleh diproses menghasilkan minyak untuk kegunaan sebagai bahan api kapal terbang.
Beliau berkata, mangsa berusia 38 tahun itu telah dijanjikan akan memperolehi keuntungan tiga kali ganda daripada modal pelaburan, dalam jangka masa tiga tahun.
"Mangsa telah bersetuju dan dapat mencari pelabur daripada Kemboja dengan wang pelaburan dikumpulkan sebanyak AS $500,000, yang dimasukkan ke akaunnya, sebelum dipindahkan ke akaun bank suspek dengan tiga transaksi berjumlah RM1.5 juta," katanya menambah kesemua transaksi dilakukan pada pertengahan tahun 2015.
Ramli berkata selepas hampir tiga tahun, mangsa telah cuba bertanyakan tentang perkembangan pelaburan itu namun panggilan telefonnya disekat malah usaha mengesan suspek juga gagal.
Mangsa yang berasa telah diperdaya dan ditipu dengan pelaburan tidak wujud itu telah membuat laporan polis semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Dalam pada itu, polis mengingatkan orang ramai jangan terpedaya dengan pujuk rayu melalui media sosial berikutan pelaku jenayah menggunakan pelbagai muslihat untuk memperdaya mangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 17 2022
Wanita berusia 66 tahun itu dikatakan telah membantu suspek yang mendakwa bekerja sebagai ahli kaji bumi. - Gambar hiasan
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 bersamaan hari Rabu.
Wanita warga emas di Kuala Terengganu rugi RM24,000 terpedaya 'Love Scam'
Seorang wanita warga emas mengalami kerugian apabila wang simpanannya sebanyak RM24,000 lesap akibat terjerat dengan penipuan 'Love Scam'.
Warga emas di Miri rugi lebih RM31,000 terpedaya 'Love Scam'
Seorang wanita warga emas di Miri, di bahagian utara Sarawak mengalami kerugian sebanyak RM31,400 akibat 'Love Scam'.
Penjawat awam di Miri rugi RM12,000 akibat Love Scam
Mangsa berusia lingkungan 20-an telah berkenalan dangan seorang wanita melalui aplikasi Instagram dan seterusnya berhubung melalui WhatsApp.
Filem 'Oppa' bantu PDRM banteras jenayah scam
Polis Diraja Malaysia jalin kerjasama dengan Dream Film Sdn Bhd terbit filem kesedaran mengenai jenayah scam bertajuk 'Oppa.'
Nenek rugi RM13,000 terjerat 'love, parcel scam'
Mangsa berusia 61 tahun itu terpedaya dalam sindiket 'love scam' setelah berkenalan dengan seorang lelaki didakwa dari London.
Ibu tunggal terpedaya ‘Love Scam’, rugi lebih RM170,000
Seorang ibu tunggal kerugian lebih RM170,000 akibat terpedaya dengan sindiket 'Love Scam' atau penipuan cinta.
Jururawat lesap RM125,000 terperdaya 'love scam'
Mangsa yang juga seorang ibu tunggal itu berkenalan dengan suspek bernama 'Nor Azman Umar' pada 29 Sept lepas dan berhubung melalui telefon.
Nelayan rugi hampir RM300,000 akibat love scam, pelaburan wang kripto tidak wujud
Mangsa menjalin hubungan cinta dengan seorang wanita yang mula dikenalinya menerusi aplikasi WeChat sejak November tahun lalu.
Love Scam: Lebih RM382 juta kerugian direkod, 82 peratus mangsa adalah wanita
Sebanyak 7,548 kes Love Scam direkodkan sejak 2018 hingga Jun tahun ini melibatkan kerugian lebih RM382 juta dengan kira-kira 7,200 individu dilapor menjadi mangsa.
Bahana 'love scam', kontraktor rugi RM98,648
Lelaki berusia 39 tahun itu berkenalan dengan seorang wanita kononnya dari luar negara pada tahun lalu.