JOHOR BAHRU: Seorang lelaki warga emas kerugian RM1.2 juta selepas terperdaya dengan tawaran skim simpanan tetap dikenali sebagai "sharebooster" pada tahun 2020.
Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata mangsa, pengarah sebuah syarikat swasta berusia 62 tahun, telah ditawarkan oleh seorang kenalannya yang bertugas di institusi kewangan tempatan untuk menyertai skim yang dikendalikan oleh institusi berkenaan.
Beliau berkata individu itu menjanjikan dan meyakinkan mangsa bahawa skim tersebut memberikan pulangan yang lebih tinggi berbanding institusi kewangan lain.
"Mangsa yang tertarik dengan tawaran tersebut telah menyerahkan cek pembayaran berjumlah RM1.8 juta.
"Bagaimanapun, pada awal bulan ini, dia telah menghubungi suspek kerana ingin mengeluarkan faedah atas simpanan tersebut, namun suspek itu memberikan pelbagai alasan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kumar berkata mangsa yang berasa curiga telah membuat semakan dengan institusi kewangan berkenaan dan mendapati hanya RM600,000 sahaja daripada keseluruhan bayaran yang dibuat ada dalam akaun simpanan tetap miliknya.
"Hasil semakan lanjut, mangsa mendapati beberapa cek bayaran berjumlah RM1.2 juta yang diserahkan kepada suspek tidak didepositkan ke dalam akaun miliknya, sebaliknya ke lain-lain akaun atas penama yang tidak dikenali, sebelum dia bertindak membuat laporan polis pada Rabu (5 Jun)," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 dan Seksyen 409 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 07 2024
Mangsa dijanjikan bahawa skim tersebut memberikan pulangan yang lebih tinggi berbanding institusi kewangan lain. - Gambar hiasan
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Warga emas rugi RM1.2 juta diperdaya 'sharebooster'
Mangsa dijanjikan bahawa skim tersebut memberikan pulangan yang lebih tinggi berbanding institusi kewangan lain.