awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas rugi RM1.7 juta ditipu pelaburan tawar pulangan lumayan

Bernama
Bernama
08/07/2025
13:15 MYT
Warga emas rugi RM1.7 juta ditipu pelaburan tawar pulangan lumayan
Seorang warga emas terpaksa berputih mata apabila mengalami kerugian berjumlah RM1.7 juta setelah menjadi mangsa penipuan pelaburan secara dalam talian yang menjanjikan keuntungan lumayan. - Foto hiasan
BATU PAHAT: Seorang warga emas terpaksa berputih mata apabila mengalami kerugian berjumlah RM1.7 juta setelah menjadi mangsa penipuan pelaburan secara dalam talian yang menjanjikan keuntungan lumayan.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata lelaki berusia 67 tahun itu pada mulanya terlihat iklan pelaburan terbabit di laman sosial pada Disember tahun lepas yang menawarkan keuntungan tinggi dalam masa singkat.
Tertarik dengan iklan tersebut, beliau berkata pesara itu kemudiannya berhubung dan berurusan dengan seorang individu menerusi aplikasi WhatsApp bagi mendapatkan maklumat lanjut.
"Mangsa dimaklumkan keuntungan yang ditawarkan adalah sebanyak 50 peratus daripada jumlah pelaburan dalam tempoh tiga bulan. Mempercayai janji tersebut, mangsa telah membuat pembayaran pelaburan antara April hingga Julai tahun ini.
"Selain membuat pembayaran berjumlah RM1.7 juta ke beberapa akaun seperti diarahkan suspek, mangsa turut mengikut arahan dengan memuat turun aplikasi serta mendaftar akaun di aplikasi itu bagi tujuan memantau akaun pelaburan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Shahrulanuar Mushaddat berkata menurut mangsa, akaun pelaburannya telah merekodkan keuntungan berjumlah RM2 juta dan berhasrat untuk mengeluarkannya namun diarahkan perlu membuat bayaran tambahan, tetapi mangsa enggan membayarnya.
"Sehingga laporan dilakukan semalam mangsa tidak menerima sebarang pulangan dan suspek gagal dihubungi serta akses ke akaun pelaburannya telah disekat. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan tipu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga emas
#rugi
#penipuan pelaburan
#Polis Daerah Batu Pahat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan