Warga emas yang berumur 70 tahun ke atas dijangka akan mendapat lebih banyak peluang untuk menunaikan ibadah haji tahun ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Asyraf Wajdi berkata perkara itu mampu dicapai jika Kerajaan Arab Saudi meluluskan permintaan Malaysia untuk menambah kuota haji sehingga 30,000 jemaah pada satu-satu musim.
"Tiap-tiap tahun terdapat antara 10 dan 15 peratus jemaah yang telah disahkan untuk melaksanakan haji, menarik diri daripada melakukan ibadah itu.
"Berikutan kekosongan yang wujud, Tabung Haji akan memberi keutamaan kepada warga emas berumur 70 tahun ke atas untuk memenuhkan kuota yang ada," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bayaran insentif projek Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Padi musim utama 2016/2017 Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kemasin-Semerak kepada 233 peserta yang turut dihadiri pengarah agensi berkenaan, Nik Hamadi Nik Abdullah di sini, hari ini.
Pada 27 Feb lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dipetik sebagai berkata Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud memberi respons positif terhadap permintaan Malaysia untuk menambah kuota haji sehingga 30,000 jemaah.
Perdana Menteri berkata dalam perbincangan dua hala antara kedua-dua negara hari ini, Raja Salman memaklumkan bahawa kerajaannya perlu memberi pertimbangan lebih mendalam.
Sementara itu, Nik Hamadi ketika berucap pada majlis itu berkata sehingga kini Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan lebih RM7 juta untuk meningkatkan taraf hidup 535 petani di Bachok dan Pasir Puteh dalam tempoh 2012 sehingga 2016.
Beliau berkata peruntukan itu diluluskan dibawah projek NKEA yang membabitkan kawasan seluas 781 hektar.
Katanya pada tahun ini Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan sebanyak RM612,300 untuk faedah 233 petani yang mengusahakan bendang seluas 306.3 hektar di Bendang Tok Khamis, Bukit Yong, Kemudu Bongkok, Kemudu Bongkok Tambahan dan Gong Nangka.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 05 2017
Menurut Asyraf, perkara itu mampu dicapai jika Kerajaan Arab Saudi meluluskan permintaan Malaysia untuk menambah kuota haji sehingga 30,000 jemaah pada satu-satu musim. - Gambar fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
PRN Sabah: Pemuda UMNO sambut baik calon Pemuda BN
Pemuda UMNO menyambut baik keputusan kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) yang meletakkan 40 peratus calon muda, termasuk wakil Pemuda UMNO Sabah, dalam Pilihan Raya Negeri Sabah.
Jangan aibkan Najib - Ketua Pemuda UMNO
Jangan aibkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum beliau dibuktikan bersalah, kata Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
'Untuk UMNO bangkit, idealisme perjuangan anak muda perlu diperkasa' - Asyraf Wajdi
Ahli Majlis Tertinggi (AMT) UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berpendirian untuk UMNO bangkit, idealisme serta semangat perjuangan anak muda perlu diperkasa.
Kerajaan peruntuk RM1.7 juta bina semula rumah terbakar
Kerajaan memperuntukkan kira-kira RM1.7 juta kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tahun ini untuk membina semula rumah yang terbakar di seluruh negara.
Tahfiz terbakar: Kebumi satu liang lahad jika keluarga setuju
Jenazah 23 mangsa kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung sini hari ini mungkin dikebumikan dalam satu liang lahad sekiranya mendapat persetujuan keluarga.
Institusi pondok perlu berdaftar dengan MAIK - Asyraf Wajdi
Institusi pondok di Kelantan diminta berdaftar dengan MAIK bagi membolehkan pusat pengajian itu mendapat bantuan sewajarnya.
Warga emas usia 70 tahun ke atas dapat lebih banyak peluang tunai haji tahun ini - Asyraf Wajdi
Warga emas yang berumur 70 tahun ke atas dijangka akan mendapat lebih banyak peluang untuk menunaikan ibadah haji tahun ini.
Maklumat tidak tepat tentang pindaan Akta 355 punca polemik politik - Asyraf
Sesetengah pemimpin politik yang menentang Akta 555 adalah mereka yang enggan menerima fakta sebenar dan lebih suka bercakap tanpa berlandaskan ilmu.
TN50: Dialog kluster agama Islam bakal diadakan untuk rangka agenda Islam - Ahmad Zahid
Sesi Dialog Perdana TN50 bagi kluster agama Islam akan diadakan di seluruh negara bagi merangka agenda Islam menjelang 2050, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.