awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga Indonesia maut dipijak gajah

Bernama
Bernama
20/11/2016
00:39 MYT
Warga Indonesia maut dipijak gajah
Mangsa yang berusia 48 tahun merupakan seorang pekerja ladang di kawasan itu, mati akibat cedera parah di kepala akibat dipijak gajah liar berkenaan. - Gambar hiasan/AFP
Seorang lelaki warga Indonesia maut akibat dipijak seekor gajah di kawasan ladang perkayuan Dumpas, dekat sini, pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Fadil Marsus yang mengesahkan perkara itu berkata mangsa, 48, pekerja ladang di kawasan itu, mati akibat cedera parah di kepala akibat dipijak gajah liar berkenaan.
"Satu panggilan telefon diterima kira-kira 3.22 petang memaklumkan bahawa ada mangsa mati diserang oleh gajah liar di kawasan ladang perkayuan Dumpas dekat sempadan dengan kawasan Bombalai menghala ke Kalabakan," katanya.
Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tawau untuk bedah siasat.
Ini merupakan kejadian kedua gajah menyerang orang awam pada bulan ini.
Pada 9 Nov lalu, sekitar pukul 6.15 pagi dilaporkan sepasang suami isteri warga Indonesia diserang seekor gajah liar yang tiba-tiba mengamuk di kawasan ladang perkayuan Brumas dekat Tawau.
Kedua-dua mangsa yang merupakan pekerja ladang itu dikenali sebagai Santoko Satria, 44, mengalami cedera ringan manakala isterinya Susi Sudirman, 36, cedera parah di bahagian badan, tulang rusuk serta muka selepas dipijak gajah itu. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Bombalai
#Dumpas
#gajah
#Hospital Tawau
#maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan