Bermula Isnin hadapan, setiap warganegara Korea Utara yang mahu ke Malaysia diwajibkan memohon visa, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi
Ahmad Zahid berkata keputusan dimuktamadkan beliau dan akan dilaksanakan Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen Malaysia.
Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri turut menasihati Korea Utara dan negara lain amnya untuk menghormati kedaulatan Malaysia serta menghargai kerjasama yang sering diberikan selama ini.
"Ini kes berprofil tinggi dan Malaysia sekali lagi menjadi perhatian dunia tetapi apabila kita lihat diplomat-diplomat dari luar khususnya Korea Utara yang langsung tidak menghormati Malaysia dan memporak-perandakan negara ini, saya ingin bagi nasihat supaya mereka sedar mereka tidak boleh lakukan sewenang-wenangnya," katanya.
Mengenai status reman suspek warga Korea Utara, Ri Jong Chol, 47 tahun yang bakal berakhir esok (3 Mac), Ahmad Zahid berkata pihaknya masih menunggu nasihat dari penasihat undang-undang negara sama ada suspek akan ditahan dibawah Akta Imigresen kerana melebihi tempoh lawatannya ke Malaysia.
Tambahnya perkara itu akan diumumkan lewat hari ini (Khamis).
Sementara itu, Ahmad Zahid turut mengesahkan bahawa pegawai kanan Kerajaan Korea Utara yang tiba di Malaysia pada Selasa telah bertemu wakil Wisma Putra pada Rabu.
Namun hasil pertemuan tersebut masih belum diketahui.
Pegawai Kanan tersebut Ri Tong Il merupakan bekas duta Korea Utara ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Pada 13 Februari seorang warganegara Korea Utara telah dibunuh menggunakan racun ajen saraf VX oleh dua wanita, masing-masing warga Vietnam dan Indonesia, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Dua (klia2).
Mangsa dikenali sebagai Kim Jong Nam, abang tiri kepada pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong Un.
Pihak kedutaan Korea Utara sebelum Ini menuduh kerajaan Malaysia tidak memberi kerjasama dalam usaha mereka menuntut mayat mangsa dan membantu dalam siasatan.
Bagaimanapun kerajaan Malaysia mempertahankan bahawa proses menuntut mayat hanya boleh dilakukan keluarga dan ia penting bagi membantu siasatan.
Setakat ini masih tiada ahli keluarga mangsa yang tampil untuk memberi bantuan.
Nuradilla Noorazam
Thu Mar 02 2017
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut menasihati Korea Utara dan negara lain amnya untuk menghormati kedaulatan Malaysia. - Gambar fail
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Kes VLN: 'Saya bersyukur, terima kasih kepada Allah' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan.
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
MARA berjaya turunkan peratusan pinjaman tidak berbayar - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata antara langkah diambil termasuk tindakan undang-undang dan penyitaan aset peminjam.
Kerajaan tiada hasrat perkenal TVET kepada lepasan Darjah 6 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata meskipun terdapat negara maju telah melakukan perkara tersebut, pihaknya berpendapat cadangan pelaksanaan TVET bagi lepasan darjah enam perlu penelitian sebaiknya.
Industri rel tawar kira-kira 25,000 peluang pekerjaan kepada lepasan TVET
Ahmad Zahid menggalakkan lebih ramai pelajar Maahad Tahfiz untuk menyertai bidang TVET termasuk memenuhi keperluan teknikal industri rel.
BSN raikan 50 tahun komitmen keterangkuman kewangan negara
Bank Simpanan Nasional (BSN) meraikan ulang tahun ke-50 dengan sambutan bersejarah yang dihadiri lebih 1,000 tetamu dari pelbagai lapisan masyarakat, melambangkan semangat keterangkuman.
Banjir: Pembinaan Pusat Pemindahan Kekal bantu kelancaran operasi persekolahan
Kerajaan sedang merangka langkah untuk menyediakan Pusat Pemindahan Kekal (PPK) di setiap negeri bagi mengurangkan pergantungan kepada pusat pemindahan sementara (PPS) di sekolah.
Cadangan kembalikan nama SJKC Tun Omar Ong Yoke Lin ke Kabinet - TPM
Katanya, cadangan tersebut tidak membabitkan isu soal perkauman tetapi kerana itu adalah nama sekolah berkenaan yang diluluskan pada 2017.