Masyarakat umum diminta memainkan peranan penting dalam menjaga harta benda awam daripada dirosakkan atau dicuri pihak tidak bertanggungjawab, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Ia termasuk arca dan sebarang bentuk karya seni yang diletakkan di sekitar ibu kota sebagai elemen hiasan landskap.
Kata Ku Nan, infrastruktur yang rosak akan mendatangkan bahaya kepada orang ramai yang berdekatan, termasuk pengguna jalan raya dan pejalan kaki, malah memberi imej buruk kepada pelancong luar.
"Warga kota sewajarnya bertindak sebagai 'mata dan telinga' kepada DBKL dalam menangani isu vandalisme terhadap harta benda awam termasuk elemen hiasan di dalam bandaraya ini," katanya semasa berucap melancarkan arca karakter kartun Lat di Laluan Jejak Warisan 2 di sini hari ini.
11 karakter rekaan kartunis lagenda negara, Lat atau nama sebenarnya Datuk Mohd Nor Khalid ditempatkan di lokasi terpilih sepanjang Laluan Jejak Warisan 2 yang merangkumi Jalan Melaka, Jalan Gereja dan sebahagian Jalan Raja Chulan.
Pemilihan karakter kartun Lat untuk dijadikan arca bertujuan menyuntik keceriaan kepada warga kota yang menggunakan laluan tersebut setiap hari, memandangkan karektor-karektor tersebut sudah sekian lama mewarnai kehidupan rakyat Malaysia sejak 60-an.
Jelas Ku Nan, peletakkan arca tersebut secara strategik di laluan yang sering dilalui pelancong itu juga sebagai mercu tanda memperkenalkan identiti harmoni masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.
"Berdasarkan kajian, secara psikologinya manusia perlukan sedikit suntikan rasa humor, santai, ketawa, seni dan kreatif bagi mengubati tekanan atau stress dalam menjalani kehidupan seharian terutama di tengah-tengah kehidupan kota yang tak pernah sunyi ini.
"Bandaraya Kuala Lumpur perlu mengekalkan statusnya sebagai bandaraya yang menjadi destinasi utama para pelancong dengan memastikan keutamaan diberi bukan sahaja kepada keselesaan dan keselamatan tetapi juga memastikan setiap pelancong membawa kenangan manis dan positif serta sukar dilupakan," katanya.
Beliau turut memaklumkan, arca-arca tersebut diletakkan di bawah pengawasan DBKL bagi penyelenggaraan dan penjagaan.
Israr Khalid
Thu Aug 25 2016
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (kanan) melihat arca pada Majlis Perasmian Arca Karektor Kartun Lat di Dataran laluan Jejak Warisan 2 Jalan Melaka hari ini. - Foto Bernama
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Australia pulang artifak kerajaan Champa yang dicuri dari Kemboja
Ia susulan siasatan selama berbulan-bulan dijalankan dua negara bagi menentukan asal usul arca tersebut.
Arca Zidane 'tanduk' bakal dipasang semula di Qatar
Masyarakat ketika ini sudah mula memahi di sebalik pembentukan arca tersebut dan sudah biasa dengan keadaan itu.
Tugu Peringatan Puteri Diana dirasmikan sempena ulang tahunnya ke-60
Tugu peringatan itu dibina atas permintaan William dan Harry pada 2017 ketika ulang tahun ke-20 kematian ibu mereka.
Kayu lama dan buruk 'nadi' rezeki Abe G
Jelas Abe G, perabot yang menggunakan elemen kayu terbuang seperti tembesu, kemuning hitam dan cengal merupakan pilihan utama golongan elit.
PaKat bantu rakyat Miri pamer dan jual hasil seni
Pandemik COVID-19 mengehadkan ruang buat warga Miri mempamer dan menjual hasil seni yang dihasilkan.
Arca penunjuk perasaan menggantikan patung Colston di Bristol
Marc Quinn mereka patung dengan menyerupai Jen Reid, seorang penunjuk perasaan yang berdiri di atas alas berkenaan selepas patung Colston ditumbangkan dan dibuang ke dalam perlabuhan Bristol.
Arca Putrajaya tarikan terbaharu di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan
Lebih menarik, majlis pelancaran mercu itu disempurnakan sendiri Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, sebagai tarikan baharu ke pusat pentadbiran kerajaan persekutuan.
Neymar dan Messi 'diterbangkan' ke Malaysia?
Bukan sahaja pasukan, tumpuan peminat bola sepak tempatan dan antarabangsa pastinya mengikuti rapat pertembungan legenda bola sepak dari Brazil iaitu Pele dan Diego Maradona dari Argentina.
Patung dewa berkepala haiwan dengan alat kelamin manusia resahkan kementerian Vietnam
Kementerian Kebudayaan Vietnam berkata, patung-patung itu memberi impak negatif kepada 'persekitaran budaya' dan 'selera estetika' masyarakat.
Festival Kesenian Antarabangsa Kuala Lumpur (DiverseCity) 2016 bermula
Acara yang meraikan pelbagai spektrum seni ini dianjurkan buat tahun kedua dan dilangsungkan bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2016.