awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga media perlu perangi penyebaran berita palsu, ucapan kebencian - Teo Nie Ching

Bernama
Bernama
22/12/2022
23:00 MYT
Warga media perlu perangi penyebaran berita palsu, ucapan kebencian - Teo Nie Ching
Teo (kiri) pada sesi taklimat ketika mengadakan lawatan ke Bernama di Wisma Bernama, Kuala Lumpur, 22 Dis 2022. Turut hadir, Ras Adiba (dua, kiri) dan Roslan (tiga, kiri). - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Agensi-agensi media di negara ini perlu memainkan peranan dalam memerangi penyebaran berita palsu dan ucapan kebencian bagi memastikan keharmonian dalam negara terjamin, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching.
Beliau berkata, berdasarkan perkembangan semasa, khususnya penggunaan media sosial yang semakin meluas, perkara demikian perlu diberi perhatian oleh pihak media dengan hanya menyampaikan maklumat sahih dan tepat sahaja.
"Zaman ini berita palsu sudah menjadi ancaman kepada demokrasi, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di negara-negara lain, jadi peranan yang perlu dimainkan oleh agensi media sekarang ialah bagaimana untuk kita kurangkan ucapan kebencian dan juga maklumat salah dan maklumat palsu.
"Pada masa yang sama, kita tidak hadkan hak kebebasan bersuara. Saya rasa kita perlu capai satu titik keseimbangan dan untuk pastikan bahawa keharmonian masyarakat adalah terjaga," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mendengar taklimat ketika lawatan kerja ke Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di sini semalam.
Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Mastura Ahmad Mustafa serta pengurusan tertinggi Bernama diwakili Pengerusinya Senator Datuk Ras Adiba Radzi dan Ketua Pegawai Eksekutif Roslan Ariffin.
Hadir sama Timbalan Ketua Pengarang, Perkhidmatan Berita Antarabangsa, Jamaluddin Muhammad yang juga menanggung tugas sebagai Ketua Pengarang, dan Editor Eksekutif Harlina Samson yang juga menanggung tugas sebagai Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita.
Mengulas mengenai lawatannya ke Bernama, beliau berharap agar agensi berita nasional itu dapat menjadi sumber pilihan buat pembaca di luar negara untuk mereka mengetahui mengenai perkembangan terkini dalam negara.
"Saya telah menerima satu taklimat yang cukup terperinci dan ini membantu saya untuk memahami fungsi dan juga cabaran yang dihadapi oleh Bernama.
"Saya harap di bawah pimpinan Menteri KKD Fahmi Fadzil dan juga saya akan bersama warga KKD dan Bernama, kami boleh membantu Bernama supaya dapat memberikan perkhidmatan menyeluruh selain memastikan informasi dan maklumat disampaikan kepada semua warga Malaysia, tiada orang yang tertinggal," katanya.
-- BERNAMA
Pantau Kerajaan Baharu di laman mikro Astro AWANI
Topic Berkaitan
#agensi media
#berita palsu
#Teo Nie Ching
#Kementerian Komunikasi dan Digital
#PM10
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan