awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga Myanmar ditemui maut dengan kesan kelar

Bernama
Bernama
09/02/2016
14:46 MYT
Warga Myanmar ditemui maut dengan kesan kelar
Seorang warga Myanmar ditemui mati dengan kesan kelaran di leher di sebuah premis membeli barang-barang lusuh di Jalan Putra-Alor Janggus petang ini. - Gambar Bernama
Seorang rakyat Myanmar ditemukan mati dengan kesan kelaran di leher di sebuah premis membeli barang-barang lusuh di Jalan Putra-Alor Janggus di sini, petang ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Mohd Nashir Ya berkata mayat mangsa yang dikenali sebagai Lai Kot A. Ali, 28, itu ditemukan majikannya dalam keadaan terbaring dengan tengkuk terkulai di premis itu pada 2.45 petang.
"Majikannya datang mencari lelaki itu selepas gagal menghubungi pekerjanya itu sejak semalam berikutan premis itu ditutup sempena Tahun Baharu Cina.
"Ketika datang, majikannya mendapati mangsa dalam keadaan terbaring dan tengkuknya terkulai di luar rumah kongsi yang terletak di dalam premis tersebut," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Mohd Nashir berkata mangsa yang bekerja selama empat tahun di premis itu tinggal berseorangan kerana seorang lagi rakannya telah pulang ke negara asal.
"Mangsa dipercayai meninggal dunia dalam tempoh 24 jam dan mayatnya dihantar ke hospital untuk bedah siasat," katanya.
Mohd Nashir berkata sebilah parang yang dipercayai ada kaitan dengan kejadian itu turut ditemukan di atas paha mangsa.
Katanya polis membuka kertas siasatan dan belum mengklasifikasikan lagi kes berkenaan sehingga proses bedah siasat dilakukan.
"Kami akan menyiasat sama ada berlaku kes jenayah atau mangsa membunuh diri," katanya.
Sementara itu seorang saksi yang enggan dikenali dan tinggal berdekatan premis itu berkata kali terakhir beliau bertemu mangsa pada sembahyang Jumaat lepas dan mangsa ada beritahunya, dia takut untuk tinggal seorang selepas rakannya pulang ke Myanmar.
"Dia pun dah lama kerja di tempat itu dan bila ditanya kenapa takut, dia tidak pula beritahu lebih lanjut," katanya.
Topic Berkaitan
#Mohd Nashir
#Seorang rakyat Myanmar ditemukan mati dengan kesan kelaran di leher di sebuah premis membeli barang-barang lusuh di Jalan Putra-Alor Janggus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan