awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor import tambahan 1,000 ekor lembu tenusu, tingkat kapasiti penghasilan susu di JDV
Dana latihan RM10,000 pacu bakat tempatan sektor semikonduktor Selangor
Flotila bantuan Global Sumud akan berlepas semula ke Gaza dari Barcelona pada 29 Mac
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga Myanmar maut kemalangan MPV, treler di Lebuhraya PLUS

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
12/04/2021
03:50 MYT
Warga Myanmar maut kemalangan MPV, treler di Lebuhraya PLUS
Keadaan kereta remuk di bahagian hadapan manakala hanya terdapat kesan rempuhan di bahagian belakang lori treler tersebut. - Foto JBPM Perak
GOPENG: Seorang lelaki warga Myanmar maut manakala dua rakannya cedera parah apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mereka naiki melanggar belakang sebuah treler di Kilometer 310.5 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), arah selatan dekat sini, hari ini.
Mangsa, Kyauk Khae, 42 tahun, yang duduk di bahagian penumpang hadapan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada 6.01 pagi.
Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, didapati kemalangan melibatkan sebuah treler dan MPV jenis Toyota Avanza dari arah yang sama
“Keadaan kereta remuk di bahagian hadapan manakala hanya terdapat kesan rempuhan di bahagian belakang lori treler tersebut.
“Terdapat tiga orang mangsa warga Myanmar yang tersepit di dalam kereta tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut jurucakap itu, anggota bomba menggunakan ‘hydraulic spreader’ dan ‘telescopic ram’ bagi membantu kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit.
“Mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis sementara mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya.
Operasi tamat sepenuhnya pada jam 8.04 pagi.
Topic Berkaitan
#meninggal dunia
#maut
#kemalangan
#mangsa
#kereta
#operasi
#cedera
#lelaki
#bomba
#polis
#JBPM
#PLUS
#Lebuh Raya Utara Selatan
#treler
#rempuh
#warga myanmar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan