awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga pendidik sambut baik sistem pendigitalan

Zaim Ibrahim
Zaim Ibrahim
13/03/2018
11:42 MYT
Warga pendidik sambut baik sistem pendigitalan
Dalam Majlis Perasmian Program Transformasi Digital, TM menawarkan pelan 'JASA' unifi Mobile yang khas digunakan untuk guru dan kakitangan KPM.
Memorandum persefahaman yang ditandatangani antara Kementerian Pendidikan dan Telekom Malaysia (TM) dianggap satu langkah proaktif bagi merealisasikan pembelajaran abad ke-21.
Tidak lama lagi, pembelajaran yang tradisional seperti menggunakan papan hitam akan berubah kepada sistem pendigitalan seperti menggunakan papan pintar.
Rata-rata guru yang ditemui Astro AWANI menyambut baik inisiatif itu.
Bagi guru Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Sharvina Sara Ghandi Bal, percaya langkah itu akan memberi kesan baik buat pada masa depan murid.
“Pemikiran murid-murid di sekolah akan lebih luas dan menggalakkan pelajar berfikiran di luar kotak dengan gaya pembelajaran menarik,” katanya yang merupakan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Perempuan Methodist (1) Brickfields, Kuala Lumpur.
Bagi guru Bahasa Melayu dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tai Thung, Chung Keat Loon berkata, program itu adalah tepat pada masanya dan penggunaan digital dalam bilik darjah sudah pun dilakukan seperti teknologi Flog VLE.
“Para pelajar kita pada masa kini tahu menggunakan pelbagai alat teknologi. Oleh itu, sistem digital ini akan memudahkan proses pembelajaran di dalam kelas dan menjadi lebih menarik,” katanya
Bagi guru Bahasa Inggeris, SK Convent Sentul (1), Ahmad Firdaus Abdul Rahim berkata, beliau mengharapkan usaha itu dapat mengurangkan jurang di antara pelajar bandar dan luar bandar.
“Saya pernah mengajar di Pahang dan capaian internet di sana sangat teruk. Oleh itu, dengan transformasi ini, kapasiti yang diberikan oleh TM dapat membantu akses internet supaya tidak menganggu proses pembelajaran,” tambahnya.
Topic Berkaitan
#guru
#Kementerian Pendidikan
#pelajar
#pembelajaran abad ke-21
#sekolah
#Telekom Malaysia
#Transformasi Digital Pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan