awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga Thailand didakwa edar lebih 5 kg dadah

Bernama
Bernama
04/09/2024
05:38 MYT
Warga Thailand didakwa edar lebih 5 kg dadah
Aunchan Houbjoo dibawa ke Mahkamah Kangar hari ini. - Gambar/ Bernama
KANGAR: Seorang wanita warga Thailand didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar lebih lima kilogram dadah jenis heroin bulan lepas.
Aunchan Houbjoo, 30, yang berasal dari Bangkok mengangguk faham di hadapan Majistret Nurshahida Abdul Rahim selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Thailand, namun tiada pengakuan direkodkan daripadanya.
Mengikut pertuduhan, Aunchan didapati mengedar dadah berbahaya iaitu heroin seberat 5.252 kilogram di Unit Khas Pemeriksaan Penumpang Kompleks Imigresen, Kastam, Keselamatan dan Kuarantin (ICQS) Padang Besar, pada 6.40 petang 28 Ogos lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama, yang membawa hukuman mati atau dipenjarakan seumur hidup berserta tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Tengku Ruqayyah Tengku Shahrom manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 20 Nov depan untuk sebutan semula kes dan penyerahan laporan kimia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga Thailand
#edar dadah
#padang besar
#kes mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan