awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MB Perlis dibenarkan keluar hospital
Jumlah bayi lahir hidup di Filipina merosot kepada sekitar 1.36 juta pada 2024
Tiga kanak-kanak, seorang dewasa parah dalam letupan berhampiran Paris
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga Thailand didenda RM25,000 seludup diesel subsidi

Bernama
Bernama
06/06/2023
15:15 MYT
Warga Thailand didenda RM25,000 seludup diesel subsidi
Seorang lelaki warga Thailand berusia 58 tahun didenda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping selepas mengaku bersalah menyeludup keluar minyak diesel bersubsidi dari Malaysia ke negara jiran itu. - Gambar hiasan
IPOH: Seorang lelaki warga Thailand berusia 58 tahun didenda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping selepas mengaku bersalah menyeludup keluar minyak diesel bersubsidi dari Malaysia ke negara jiran itu.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Perak Datuk Kamalludin Ismail dalam kenyataan hari ini memaklumkan Hakim Nabisa Ibrahim turut memerintahkan Abdulloh Yamadong menjalani hukuman penjara enam bulan sekiranya dia gagal membayar denda.
Beliau berkata Abdullah didakwa melakukan kesalahan itu di pos kawalan keluar masuk Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan Bukit Berapit, Pengkalan Hulu pada 8.15 malam 29 April lepas.
Dia didakwa mengikut Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Eksport) 2011 dan dihukum di bawah Perenggan 5(a) peraturan sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM100, 000 atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama.
Bagi kesalahan kedua dan seterusnya, tertuduh berdepan hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM250, 000 atau kedua-duanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga Thailand
#didenda
#seludup diesel subsidi
#Mahkamah Sesyen Taiping
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan