awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelantikan Ahli Lembaga MMM bantu perkukuh kewartawanan beretika - KPE Bernama
Singapura buka konsulat di Sarawak, Sabah tahun ini
AirBorneo sasar buka laluan ke Semenanjung Malaysia tahun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warganet Malaysia hulur bantuan makanan kepada 'ojol' Indonesia

Astro Awani
Astro Awani
01/09/2025
08:10 MYT
Warganet Malaysia hulur bantuan makanan kepada 'ojol' Indonesia
Ratusan pengemudi ojek online mengiringi jenazah Allahyarham Affan Kurniawan yang maut selepas dilanggar kenderaan taktikal Brimob ketika menghantar pesanan makanan semasa demonstrasi di Jakarta, 28 Ogos lalu. -Foto X
KUALA LUMPUR: Warganet Malaysia menunjukkan solidariti serantau dengan menghulurkan bantuan makanan kepada pemandu ojek dalam talian (ojol) di Indonesia.

Ringkasan AI
  • Warganet Malaysia dan negara jiran menunjukkan solidariti dengan memesan makanan kepada pemandu ojek dalam talian di Jakarta melalui aplikasi penghantaran.
  • Inisiatif ini bertujuan membantu pekerja gig yang terkesan akibat demonstrasi dan gangguan operasi, dengan arahan khas agar makanan diagihkan kepada pemandu di lokasi tertentu.
  • Tindakan ini mencerminkan semangat serantau yang kukuh dalam menyokong komuniti pekerja gig di Asia Tenggara.

Ia susulan gelombang demonstrasi dan ketegangan sosial yang melanda Jakarta dan beberapa wilayah lain sejak minggu lalu.
Melalui platform media sosial X, pengguna dari Malaysia dan negara jiran dilapor menggunakan aplikasi penghantaran seperti Grab dan Gojek untuk memesan makanan kepada 'ojol' yang bertugas di lapangan.
Mereka menukar tetapan lokasi ke Jakarta dan menggunakan alamat hotel sebagai titik penghantaran, dengan arahan khas agar makanan diagihkan kepada pemandu yang berada di sekitar kawasan tersebut.
Guys I just found out that you can support indonesian grab riders who are still out on the streets because grab allows you to make deliveries in other SE Asian countries?? OKAYYYY
— yammi (@sighyam) August 30, 2025
“Pilih makanan dan minuman yang mudah diagihkan. Elakkan pesanan yang mengandungi alkohol atau daging babi, dan jangan pilih lokasi berhampiran balai polis,” kata seorang pengguna bernama @sighyam yang berkongsi panduan tersebut di X.
Pick food and drinks that are easy to distribute. Before hitting that order button you are going to want to give this instruction Tolong bagikan makanannya ke driver-driver di jalan translation: pls distribute the food to other riders on the ground this is very important! pic.twitter.com/ffAjVfURaZ
— yammi (@sighyam) August 30, 2025
Inisiatif ini mendapat sambutan hangat daripada pengguna di Malaysia, Singapura dan Filipina, yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai cara mudah tetapi bermakna untuk menyokong pekerja gig yang terkesan akibat rusuhan dan gangguan operasi.
Seorang pengguna dari Malaysia, @albeitniko, mengesahkan bahawa beliau berjaya membuat pesanan makanan kepada pemandu Grab Indonesia dari Kuala Lumpur.
Sementara itu, pengguna lain dari Jepun turut berkongsi pengalaman menghantar makanan kepada keluarganya di Jakarta menggunakan aplikasi Gojek.
“Terima kasih kepada semua yang telah berkongsi dengan murah hati. Semoga kebaikan kalian dibalas berlipat kali ganda,” tulis pengguna @luluuys dalam satu hantaran.
Topic Berkaitan
#grab
#pemandu ojek
#ojol
#rusuhan Indonesia
#pesan makanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan