awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Waris kru kapal maut di perairan Bangladesh layak terima faedah Perkeso

Bernama
Bernama
15/05/2024
10:22 MYT
Waris kru kapal maut di perairan Bangladesh layak terima faedah Perkeso
Steven Sim berkata, hasil semakan mendapati kru kapal MTT Sapangar itu adalah pencarum aktif di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) sejak 2011. - Bernama
KUALA LUMPUR: Waris kepada Muhammad Isa Muhammad Veeramohan, 31, kru kapal warga Malaysia yang dilaporkan terjatuh ke laut ketika memasang pilot ladder di perairan Chittagong, Bangladesh Rabu lepas, layak menerima faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong berkata hasil semakan mendapati kru kapal MTT Sapangar itu adalah pencarum aktif di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) sejak 2011, berikutan itu, ibu bapa Allahyarham layak menerima Faedah Pengurusan Mayat (FPM) dan Faedah Orang Tanggungan (FOT) kerana Allahyarham belum berkahwin.
"Ibu bapanya, Muhammad Veeramohan Abdullah, 72, dan Rabiah Buang, 61, menerima FPM sebanyak RM2,000 secara sekali bayar serta akan menerima FOT bulanan berjumlah RM1,417.32 untuk sepanjang hayat mereka.
"Kementerian dan Perkeso berharap bantuan diberikan mampu membantu waris keluarga meneruskan kehidupan selepas ketiadaan Allahyarham," katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan Perkeso hari ini.
Beliau berkata, Kementerian Sumber Manusia dan Perkeso turut menzahirkan penghargaan kepada Kesatuan Kebangsaan Pelaut-pelaut Semenanjung Malaysia (NUSPM) yang banyak membantu dalam proses pengumpulan maklumat berhubung insiden itu.
Kenyataan itu memaklumkan bahawa Skuad Perkeso Prihatin hadir ke kediaman waris di Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang untuk menyerahkan bayaran FPM dan kotak prihatin.
Terdahulu, media melaporkan mayat mangsa ditemukan pasukan penyelamat pada 10 Mei lepas, dua hari selepas dilaporkan terjatuh pada 8 Mei kira-kira 8.15 pagi.
Kejadian dilaporkan berlaku sehari selepas kapal terbabit tiba di perairan Chittagong dari Singapura.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Muhammad Isa Muhammad Veeramohan
#kru kapal malaysia
#perkeso
#faedah
#waris mangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan