awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warisan tiada kaitan dengan sumbangan 50 buah motosikal

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
05/01/2020
13:04 MYT
Warisan tiada kaitan dengan sumbangan 50 buah motosikal
Calon Warisan, Datuk Karim Bujang juga memaklumkan tidak tahu-menahu mengenai pemberian sumbangan tersebut.
Hadiah berupa 50 buah motosikal dan beberapa barangan lain yang didakwa disumbangkan oleh Parti Warisan Sabah (Warisan) ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis bermula pada Sabtu adalah tidak benar.
Pengerusi Jawatankuasa Penganjur program itu, Peter Chang berkata sumbangan pada Majlis Sambutan Hari Krismas itu tiada kaitan dengan Warisan.
Beliau yang mewakili Gereja Membakut menambah, majlis itu bukan anjuran Warisan mahupun Kadazan Dusun Murut (KDM) sepertimana yang didakwa.
“Majlis Krismas dan sambutan tahun baharu yang dianjurkan di Membakut semalam (Sabtu) bukanlah anjuran Warisan atau pun KDM Malaysia, ia adalah anjuran masyarakat Membakut yang beragama Kristian .
"Kesemua perbelanjaan dan pengurusan dalam majlis tersebut juga ditanggung oleh orang kampung yang bergotong-royong termasuk kerjasama tabung bersama (patak-patak), Ketua Menteri (Datuk Seri Shafie Apdal) dijemput atas kapasiti beliau sebagai Ketua Menteri,” katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.
Terdahulu, calon Warisan, Datuk Karim Bujang memaklumkan tidak tahu mengenai pemberian sumbangan tersebut.
Bagaimanapun, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada Jawatankuasa Pilihan Raya untuk menyiasat perkara itu.
Topic Berkaitan
#cabutan bertuah
#hadiah motosikal
#KDM
#Kimanis Memilih
#Krismas
#peter chang
#pilihan raya kecil
#PRK Kimanis
#Warisan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan