awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Universiti di Ireland digesa perkenal semula ujian lisan tangani salah guna AI
Polis Jepun bangunkan sistem AI lakar wajah suspek
[KOLUMNIS] 2026: Cabaran dan agenda perkhidmatan awam negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warisan yakin janji Tun M kembalikan hak Sabah

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
29/06/2020
05:17 MYT
Warisan yakin janji Tun M kembalikan hak Sabah
MOHD Shafie berkata, Dr Mahathir pernah memberi peluang kepada pemimpin Warisan bersama-sama dalam jemaah menteri. - Foto Astro AWANI
Kerajaan Sabah yang ditadbir parti Warisan yakin dengan janji Tun Dr Mahathir Mohamad dalam mengembalikan hak-hak negeri itu termasuk tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, perkara itu terbukti apabila 17 daripada lebih 20 tuntutan MA63 telah dipersetujui Dr Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri ketujuh di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan.
"Kita tidak boleh biarkan saya menentang hanya kerana satu insiden di Sabah. Dalam perkara tuntutan MA63, 20 lebih yang kita tuntut.... 17 sudah pun dipersetujui oleh Tun. Tidak boleh kata apa yang kita minta semua kita dapat.
"Tapi sekurang-kurangnya kita dapat melihat perkembangan yang cukup positif," katanya
Ketua Menteri Sabah itu berkata demikian selepas diminta mengulas sama ada beliau mempercayai Dr Mahathir selepas pendedahan pengumumannya sebagai calon Perdana Menteri kesembilan untuk Pakatan Harapan Plus (PH+) minggu lalu.
BACA: 'Beri saya sedikit masa pertimbang jadi calon PM ke-9' - Shafie Apdal
Terdahulu, beliau mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Peter Mojuntin, Penampang, pada Isnin.
Pertanyaan soal kebolehpercayaan itu timbul selepas beberapa janji Dr Mahathir terhadap beliau tidak dipenuhi, ini termasuklah perjanjian tidak membawa masuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ke Sabah dan isu royalti minyak 20 peratus seperti diminta sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Dalam pada itu, Mohd Shafie turut memberi respon mengenai tindakan Dr Mahathir yang pernah memberikan peluang kepada Warisan hingga beberapa pemimpin parti itu menjawat portfolio penting dalam Kabinet.
"Masa itu pelantikan jawatan jemaah menteri pun, kita hanya plus sahaja bukan dalam Pakatan Harapan.
"Kita letak, saya cadangkan beberapa rakan (dalam parti) untuk menjadi menteri peringkat persekutuan, saya hanya menyebut nama mereka," katanya.
Tambah beliau, kesungguhan Dr Mahathir terhadap Sabah terbukti dengan pelantikan beberapa pemimpin parti seperti Datuk Darrel Leiking, Datuk Vk Liew dan Datuk Mohamaddin Ketapi yang dilantik sebagai anggota jemaah menteri.
Topic Berkaitan
#hak-hak Sabah
#janji
#MA63
#Mohd Shafie Apdal
#Parti Warisan
#Perjanjian Malaysia 1963
#Shafie Apdal
#Tun Dr Mahathir Mohamad
#Warisan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan