Warkah Akhir Sdn Bhd hari ini melancarkan 'e-wasiat' iaitu perkhidmatan penulisan wasiat Islam dalam talian dengan bayaran RM100.
Ketua Pegawai Eksekutif, Ahmad Fakhrul Anuar Ismail berkata orang ramai boleh mendapatkan perkhidmatan itu dengan berdaftar melalui www.ewasiat.my.
"Syarikat kami menawarkan perkhidmatan penulisan wasiat sepenuhnya dalam talian dengan bayaran RM100 bagi seumur hidup.
"Orang ramai boleh mendaftar tanpa had masa dengan hanya mengisikan maklumat berkaitan wasiat tersebut dalam borang yang disediakan dalam web berkenaan," katanya kepada pemberita selepas pelancaran e-wasiat di sini hari ini.
Beliau berkata selain wasiat pengagihan harta, syarikat itu turut menawarkan perkhidmatan penulisan wasiat peribadi dan pembayaran hutang.
Ahmad Fakhrul berkata dengan perkhidmatan menyeluruh, secara tidak langsung akan menggalakkan orang ramai menjadikan penulisan wasiat sebagai satu amalan.
"Tidak ramai individu terutama dalam kalangan orang Islam menulis wasiat. Ini kemungkinan mereka fikir menulis wasiat adalah untuk mereka yang berharta.
"Jadi, kami ingin mengubah persepsi itu, kerana setiap orang Islam diharuskan untuk meninggalkan wasiat...bukan sekadar wasiat membahagikan harta malah wasiat berbentuk pesanan dan wasiat untuk meminta waris atau individu lain menyelesaikan hutang penulis wasiat apabila individu itu meninggal dunia," katanya.
Beliau berkata syarikat itu menyasarkan sebanyak sejuta pewasiat bagi tempoh lapan tahun akan datang di bawah perkhidmatan yang ditawarkan.
Pelbagai strategi turut dirangka termasuk mengadakan kempen kesedaran untuk menggalakkan orang ramai menulis wasiat sekaligus menyimpan wasiat bersama syarikat itu.
Bernama
Sat Apr 18 2015
Ketua Pegawai Eksekutif, Ahmad Fakhrul Anuar Ismail berkata orang ramai boleh mendapatkan perkhidmatan itu dengan berdaftar melalui www.ewasiat.my.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Warkah Akhir tawar khidmat tulis wasiat Islam dalam talian
Warkah Akhir Sdn Bhd hari ini melancarkan 'e-wasiat' iaitu perkhidmatan penulisan wasiat Islam dalam talian dengan bayaran RM100.