KUALA LUMPUR: Orang awam dinasihatkan supaya lebih berhati-hati ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri susulan peningkatan kes COVID-19 dan fenomena jerebu yang kini melanda negara.
Menurut data rasmi Kementerian Kesihatan, jumlah kes COVID-19 di negara ini meningkat 87.5 peratus dalam tempoh 14 hari hingga 8 April lepas, manakala bilangan kemasukan ke wad direkodkan mengalami peningkatan 30.5 peratus.
Pakar Kesihatan Awam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Prof Dr Mohammad Farhan Rusli berkata walaupun tiada prosedur operasi standard (SOP) khusus, orang awam perlu mengamalkan langkah-langkah pencegahan kendiri sebelum bersalaman dengan orang tua dan kanak-kanak semasa berkumpul.
Beliau berkata kerap membasuh tangan dan mengamalkan penjarakan fizikal selamat dalam khalayak ramai, terutama dalam kalangan mereka yang tidak dikenali, juga adalah langkah perlindungan diri terbaik.
"Selain itu, bawa peralatan anda sendiri seperti sejadah apabila sembahyang di masjid. Jika boleh, ambil wuduk dahulu di rumah dan pakai pelitup muka sepanjang masa.
"Apabila anda rasa tidak sihat, elakkan perjumpaan beramai-ramai dan lakukan ujian kendiri. Sentiasa ingat, anda adalah orang terbaik untuk menjaga diri sendiri, bukan orang lain," katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, pakar kesihatan pekerjaan, kecemasan dan kesihatan awam Dr Hanafiah Bashirun mengingatkan bahawa Malaysia masih lagi dalam Fasa Peralihan Ke Endemik sejak 1 April tahun lepas dan kerajaan masih belum mengumumkan secara rasmi negara telah bebas daripada virus berbahaya itu.
"Kita masih di bawah peralihan ke endemik, justeru ada keringanan prosedur operasi standard (SOP) namun itu bukanlah alasan untuk tidak berhati-hati, khususnya dengan kewujudan subvarian baharu COVID-19 seperti XBB," katanya.
Dalam pada itu, berikutan cuaca panas dan jerebu yang kini melanda negara, seorang pakar alam sekitar turut menasihatkan orang awam supaya menghadkan masa di luar rumah dan mengenakan pelitup muka semasa Hari Raya.
Pensyarah Kanan Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Madya Dr Mohd Shahrul Mohd Nadzir berkata pemakaian pelitup muka adalah bagi mengurangkan pendedahan kepada bahan pencemar akibat jerebu serta melindungi sistem pernafasan.
"Ketika jerebu, dinasihatkan untuk memakai pelitup muka yang direka bentuk khusus untuk menyaring pencemar udara seperti pelitup muka respirator N95 atau N99.
"Bagaimanapun, perlu diingat bukan semua pelitup muka dibuat sama, ada yang mungkin tidak menyediakan perlindungan mencukupi terhadap pencemar udara. Penting untuk memilih pelitup muka yang menepati standard dan dipakai dengan betul bagi memastikan keberkesanan maksimum," katanya.
Sebelum ini, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad dilaporkan berkata situasi jerebu di negara ini dijangka lebih serius tahun ini berbanding tiga tahun sebelum ini, ekoran aktiviti perladangan dan industri yang kembali beroperasi secara biasa pascapandemik.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 21 2023
Pemakaian pelitup muka adalah bagi mengurangkan pendedahan kepada bahan pencemar akibat jerebu serta melindungi sistem pernafasan. - Fail/BERNAMA
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.