awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Waspada buaya sesat ketika banjir - Jabatan Perhilitan

Bernama
Bernama
17/12/2019
02:23 MYT
Waspada buaya sesat ketika banjir - Jabatan Perhilitan
Jabatan Perhilitan Johor menasihati orang ramai supaya berwaspada tentang kemungkinan terdapat buaya tembaga 'yang tersesat' dari sungai berdekatan akibat banjir yang melanda sembilan daerah negeri ini. -Gambar hiasan
Jabatan Perhilitan Johor menasihati orang ramai supaya berwaspada tentang kemungkinan terdapat buaya tembaga 'yang tersesat' dari sungai berdekatan akibat banjir yang melanda sembilan daerah negeri ini.
Pengarahnya Salman Saaban berkata ia tidak mustahil selepas mengambil kira laporan serta kajian kehadiran populasi buaya di sembilan sungai negeri ini sebelum ini.
Sungai-sungai itu ialah Sungai Batu Pahat (Batu Pahat), Sungai Jemaluang dan Sungai Endau (Mersing), Sungai Lebam dan Sungai Sedili (Kota Tinggi), Sungai Muar (Muar), Sungai Pulai (Pulai) dan Sungai Johor dan Sungai Skudai (Johor Bahru).
"Jadi kawasan berpotensi (untuk buaya ini tersesat) tentunya ialah di longkang-longkang besar, parit atau tali air.
"Ia akan mencari binatang ternakan yang mati lemas akibat banjir sebagai sumber makanan yang mudah," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Salman berkata sekiranya terserempak dengan haiwan reptilia itu, tindakan yang harus dibuat oleh orang ramai ialah menjauhinya dan memaklumkannya kepada pihak jabatan.
"Jangan membuat provokasi atau panik kerana ini akan menyebabkan haiwan berkenaan bertindak ganas.
"Selain itu, pekalah terhadap keadaan sekeliling bagi mengelakkan kejadian seperti ini (terserempak buaya)," katanya.
Banjir sejak empat hari lalu menyebabkan lebih 9,000 penduduk di daerah Mersing, Kota Tinggi, Segamat, Kluang, Batu Pahat, Pontian, Johor Bahru, Muar dan Kulai terjejas ekoran rumah didiami dinaiki air.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#binatang ternakan
#buaya sesat
#Jabatan Perhilitan Johor
#Kota Tinggi
#Salman Saaban
#Sungai Jemaluang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan