awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Waspada Monsun Barat Daya: Elak pembakaran terbuka, jimatkan air - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
10/05/2025
10:20 MYT
Waspada Monsun Barat Daya: Elak pembakaran terbuka, jimatkan air - Ahmad Zahid
Dalam tempoh Monsun Barat Daya itu kebanyakan kawasan akan mengalami taburan hujan yang rendah. - Instagram Ahmad Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR: Rakyat diingatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka serta menggunakan air secara berhemah susulan Monsun Barat Daya yang dijangka bermula hari ini hingga September.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata dalam tempoh itu kebanyakan kawasan akan mengalami taburan hujan yang rendah.
"Keadaan ini boleh meningkatkan risiko berlakunya jerebu, khususnya jika pembakaran terbuka tidak dikawal.
"Langkah pencegahan awal ini penting bukan sahaja untuk menjaga kesihatan awam tetapi juga untuk melindungi alam sekitar dan menjamin kelangsungan sumber air negara," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.
Ahmad Zahid berkata Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) juga telah mengeluarkan kenyataan berkenaan permulaan Monsun Barat Daya pada 7 Mei lepas.
Orang ramai boleh muat turun aplikasi myCuaca untuk maklumat cuaca terkini dan sahih di laman MetMalaysia www.met.gov.my
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pembakaran terbuka
#jimat air
#Monsun Barat Daya
#taburan hujan rendah
#alam sekitar
#jerebu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan